Tuesday, September 6, 2011

Top 5 - Perlawanan klasik Manchester United dengan Arsenal.

     Perlawanan liga antara Manchester United dengan Arsenal yang berkesudahan pasukan pelawat dibenam 8-2 di Old Trafford secara tidak langsung meneruskan kesinambungan saingan tradisi antara dua pasukan utama England ini.

     Dengan penggantungan, kecederaan dan penghijrahan dua pemain utama Cesc Fabregas dan Samir Nasri, Arsenal jelas tempang dan jumlah jaringan jelas mendedahkan kepincangan sedia ada. Kita imbas top 5 perlawanan klasik antara dua pasukan dalam sejarah Liga Perdana.

5. Arsenal vs Manchester United 3-2, 09 Nov 1997, Highbury.


     Manchester United bangkit daripada ketinggalan dengan jaringan 2-0 dalam separuh masa pertama, tetapi David Platt menjaringkan gol kemenangan pada minit-minit akhir dan memberikan Arsene Wenger kelebihan ke atas Sir Alex Ferguson buat kali pertama.




4. Manchester United vs Arsenal 2-0, 24 Oct 2004, Old Trafford.

     Arsenal dalam laluan untuk mencatat rekod 50 perlawanan tanpa kalah dalam liga, bertukar menjadi 'liar' apabila United menamatkan rekod tersebut. Rio Ferdinand dan Van Nistelrooy bernasib baik tidak dilayangkan kad merah dalam separuh masa pertama.

     Penalti yang boleh dipertikaikan daripada Van Nistelrooy dan gol kedua daripada Rooney memberikan United kemenangan. Pemain-pemain Arsenal dilaporkan membaling piza kearah pemain dan staff United ketika dalam terowong ke bilik persalinan.

3. Manchester United vs Arsenal 6-1, 25 Feb 2001, Old Trafford.


    
     Selepas tewas 1-0 di Highbury pada perlawanan pertama hasil jaringan cantik Henry, United menurunkan semula Dwight Yorke pada bahagian serangan.

     Beliau menjaringkan hatrik pada separuh masa pertama dengan Oleg Luzhny menjadi mangsa kepada serangan bertubi-tubi United.





2. Arsenal vs Manchester United 2-4, 01 Feb 2005, Highbury.

     Perlawanan utama selepas United menamatkan rekod tanpa kalah Arsenal. Kontroversi bermula sebelum pemain keluar padang apabila kapten United Roy Keane bertelagah dengan Patrick Vieira ketika di dalam terowong.

     Arsenal dua kali di depan tetapi United yang bermain dengan 10 pemain menewaskan tuan rumah dengan gol daripada Giggs, dua gol Ronaldo dan gol cantik O'Shea pada minit akhir perlawanan.





1. Arsenal vs Manchester United 1-2, 14 Apr 1999, Villa Park.

     Perlawanan ulangan terakhir separuh akhir Piala FA, United bermain dengan 10 pemain apabila kapten Roy Keane dibuang padang pada kedudukan terikat 1-1.

     Schmeichel menyelamatkan penalti minit-minit akhir Dennis Bergkamp sebelum larian solo Ryan Giggs daripada tengah padang diiktiraf sebagai gol terbaik Piala FA sepanjang zaman.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...