Thursday, September 8, 2011

Top 5 - Perlawanan klasik Manchester United dengan Bolton Wanderers.

     Menjelang perlawanan liga menentang Bolton Wanderers Sabtu ini kita imbas semula top 5 perlawanan klasik melibatkan kedua-dua pasukan.

5. Bolton Wanderers vs Manchester United 2-0, 03 Mei 1958, Wembley.

     Bolton menjuarai Piala FA sekaligus menamatkan tradisi Wembley - pertama kali pasukan yang tewas perlawanan akhir musim lalu kembali ke Wembley dan tewas buat kali kedua.

     Nostagianya ini dianggap perlawanan akhir buat United, tiga bulan sebelum itu United telah layak ke pusingan ke lima, pasukan yang telah dihancurkan oleh Tragedi Munich.

     Bolton membuka jaringan seawal minit kedua hasil jaringan jarak dekat Nathan Lofthouse. Penjaga gol United banyak menyelamatkan gawang daripada percubaan bahaya Bolton.

     Namun selang tiga minit selepas percubaan Bobby Charlton terkena tiang, perlawanan terus memihak kepada Bolton apabila mereka menjaringkan gol kedua kontroversi. Rembatan Dennis Stevens ditepis Harry Gregg ke udara dan Lofthouse mengasak penjaga gol dan bola melepasi garisan gol.


4. Manchester United vs Bolton Wanderes 5-0, 19 Feb 1964, Old Trafford.

George Best (kanan) menjaringkan dua gol.
     Dalam perlawanan liga ini United telah membenam cabaran Bolton hasil dua jaringan masing-masing daripada George Best dan David Herd sementara satu lagi gol dijaringkan oleh Bobby Charlton.

     United bagaimanapun menamatkan musim tersebut sebagai naib juara liga empat mata dibelakang juara Liverpool.


3. Manchester United vs Bolton Wanderers 1-2, 20 Okt 2001, Old Trafford.

Kevin Nolan
     Bolton mencatat kemenangan paling diingati ke atas Manchester United di Old Trafford apabila penyandang juara liga tewas perlawanan di laman sendiri kedua dalam masa seminggu.

     Sam Allardyce diberikan hadiah harijadi yang istimewa apabila Michael Ricketts dan Kevin Nolan masing-masing menjaringkan gol buat pelawat. Terdahulu Juan Sebastian Veron menjaringkan gol pendahuluan untuk meletakkan tuan rumah di depan melalui sepakan percuma pada separuh masa pertama.

2. Bolton Wanderers vs Manchester United 0-4, 28 Okt 2006, Reebok Stadium.

         
    
     Tiga gol daripada Wayne Rooney mengekalkan United di tempat teratas liga dan Bolton tewas buat pertama kali di laman sendiri musim 2006/07. Beliau yang kemarau gol dalam 10 perlawanan untuk United dan England tidak mahu ianya berterusan empat hari selepas harijadi ke 21.

     Kedua-dua pasukan bertemu dengan prestasi masing-masing adalah antara yang terbaik untuk permulaan musim tetapi Bolton jelas kelihatan pasukan kedua terbaik. Satu lagi gol dijaringkan oleh Ronaldo hasil gerakan Luis Saha.



1. Bolton Wanderers vs Manchester United 0-6, 25 Feb 1996, Burnden Park.

     Apabila United mengalahkan Bolton 6-0 di Burnden Park pada 1996, ia adalah rekod kemenangan terbesar di tempat lawan selepas membelasah Blackpool dengan jaringan yang sama pada musim 1959/60.

     Tuan rumah yang berkedudukan tercorot liga langsung tidak diberi peluang oleh barisan muda United, membuka jaringan pada minit ke lima menerusi tandukan jarak dekat David Beckham selepas kerja keras Ryan Giggs.

     Beckham kemudian mencipta gol untuk kapten Steve Bruce menanduk masuk bola daripada sepakan sudut. United kemudian dipaksa untuk bertahan pada separuh masa kedua.

Namun pada minit ke 70 gol Andy Cole membuka ruang untuk pemain gantian Paul Scholes menjaringkan dua gol sebelum Nicky Butt melengkapkan jumlah enam gol pada masa kecederaan.  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...