Monday, August 1, 2011

Gosip - Sneijder enggan menafikan perpindahan ke United.

     Sasaran Manchester United, Wesley Sneijder semalam enggan menafikan atau menidakkan kebarangkalian beliau berpindah ke Old Trafford.

     Sir Alex Ferguson berminat membawa Sneijder ke Liga Perdana sekaligus melengkapkan perbelanjaan musim panas United yang setakat ini berjumlah £55juta untuk tiga pemain Phil Jones, Ashley Young dan David de Gea.


      Pemain midfield 27 tahun itu berkata: "Saya telah bermain di peringkat tertinggi untuk 10 tahun dan sentiasa terdapat spekulasi.

     "Saya masih di sini. Saya gembira untuk berlatih setiap hari bersama rakan-rakan dan bermain untuk penyokong dan sesiapa sahaja di kelab.

     "Apa sahaja yang berlaku selepas itu, kita tunggu dan lihat. Sentiasa ada peluang buat sesuatu berlaku. Saya telah bermain dalam banyak pertandingan besar, di Belanda, Sepanyol dan Itali, saya adalah saya. Apa yang bakal berlaku kita akan lihat tetapi saya seorang yang gembira."

     Sneijder bercakap selepas perlawanan menentang Manchester City di stadium Aviva pada kejohanan Dublin Super Cup. Inter tewas 3-0 dalam perlawanan itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...