Tuesday, August 2, 2011

Valencia tandatangan perjanjian baru.


     Antonio Valencia telah menandatangani perjanjian baru dan melanjutkan karier beliau di Old Trafford untuk tempoh empat tahun lagi iaitu hingga penghujung musim 2014/15.

     Pemain Ecuador yang berusia 25 tahun itu menyertai United dari Wigan Athletic pada musim panas 2009 dan telah membuat 69 penampilan dan menjaringkan 10 gol. Beliau telah memenangi satu gelaran liga dan medal Piala Carling.


     Sir Alex ferguson berkata: "Antonio telah memberi sumbangan yang hebat kepada pasukan sejak beliau tiba di Old Trafford. Kepantasan, kebolehan hantaran dan serba boleh menjadi aset penting buat kami.

     "Beliau mempunyai cara tersendiri ketika bermain, yang sekaligus menunjukkan kekuatan karektor beliau - terutama setelah pulih daripada kecederaan yang teruk musim lalu.

     Valencia berkata: "Saya gembira untuk kekal di United. Sejak hari pertama saya di Carrington, saya sangat gembira di sini. Saya harap saya boleh terus berkembang menjadi pemain lebih baik.

     "Saya tidak sabar untuk menyumbang kepada pasukan untuk bersaing mendapatkan lebih banyak trofi."

*sumber ManUtd.com 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...