Wednesday, August 3, 2011

Ashley Young - Saya mampu menyinar di United.

     Ashley Young meramalkan beliau akan menutup mulut pengkritik dan siapa sahaja yang meragui bahawa beliau akan berjaya di Manchester United.

     Pemain 26 tahun ini melengkapkan perpindahan £16juta dari Aston Villa pada awal musim panas lalu.

      Daripada aksi yang dipamerkan sepanjang perlawanan siri jelajah United di US, beliau seolah-olah cepat menyesuaikan diri dalam pasukan juara Liga Perdana itu.

         
     Walaupun belum menjaringkan gol buat kelab barunya bekas pelatih Watford ini berazam untuk berjaya di Old Trafford.

     "Saya sentiasa mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan percaya saya mampu bermain di tahap tertinggi." Young memberitahu Inside United.

     "Sesetengah orang berkata saya tidak boleh (berjaya), tetapi mereka juga berkata saya tidak boleh bermain dengan England. Semua itu tidak mengganggu saya - saya yakin dengan diri saya dan tahu apa yang perlu dilakukan."

     Pemain England ini mendedahkan beliau pada mulanya beliau mengetahui minat daripada United pada bulan Januari untuk kemungkinan berpindah ke Theatre of Dreams.

     "Pada masa itu keadaan agak kelam kabut dengan Villa berjuang untuk kekal (dalam liga), jadi kelab memberitahu mereka akan berbincang kemudian pada musim panas nanti dan lihat bagaimana ia akan berakhir," beliau menambah.

     "Terdapat beberapa kelab lain yang berminat, namun setelah saya mendengar minat daripada United, saya hanya mahu ke sana dan tandatangan. Saya tahu ia adalah kelab yang tepat."    

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...