Thursday, August 4, 2011

Cantona - Manchester United perlu dapatkan Sneijder.

     Eric Cantona telah menyarankan kepada Manchester United untuk mendapatkan Wesley Sneijder yang dianggarkan £35juta, dengan menegaskan: "Dia mengingatkan saya kepada diri saya sendiri."

     Mengikut laporan pada awal minggu ini, pemain midfield Inter Milan itu dalam dilema untuk memilih tawaran untuk meninggalkan Serie A dan menjadi pemain rekod termahal di Old Trafford.


     Lagenda United itu berkata: "Sneijder adalah antara yang terbaik. Beliau akan menjadi pemain hebat dalam pasukan."

     Pemain Perancis itu kembali ke Old Trafford minggu ini, 14 tahun selepas meninggalkan United, untuk perlawanan testimoni Paul Scholes. Cantona menyokong penuh keupayaan Sneijder menggantikan posisi yang dikosongkan Scholes.

     Bercakap di London ketika pelancaran buku pasukan New York Cosmo, di mana beliau adalah pengarah bolasepak kelab, Cantona berkata: "Sneijder pemain cemerlang.

     "Beliau adalah apa yang Manchester United perlukan. Tiada siapa sepertinya sekarang. Beliau memiliki kekuatan. Kekadang dia mengingatkan saya kepada diri saya."

     Cantona muncul sebagai salah seorang pemain terbaik dalam sejarah United. Beliau dianggap peranan utama dalam meletakkan semula nama United sebagai kuasa bolasepak bersama-sama dengan Class of 1992 untuk memenangi empat gelaran liga dalam masa lima musim.

    

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...