Friday, August 5, 2011

Cantona - United tetap melangkah ke depan.


     Persaraan atau perpindahan pemain-pemain utama dari Old Trafford tidak akan menghalang Manchester United daripada melangkah maju ke hadapan, demikian mengikut salah seorang lagenda United Eric Cantona.

     Cantona kembali ke Old Trafford minggu ini bersama pasukan barunya New York Cosmos yang bakal menjadi pasukan lawan dalam perlawanan testimoni Paul Scholes.

     Beliau yang disertai lagenda bolasepak Brazil Pele dalam sidang media di Manchester Rabu lalu, sangat gembira dapat memainkan peranannya dalam memberi penghormatan kepada Scholes, yang mengikut jejak langkah Gary Neville dan Edwin Van der Sar bersara daripada bolasepak.

     Kehilangan beberapa pemain berpengalaman - Wes Brown dan John O'Shea - adalah sukar bagi kebanyakkan kelab untuk menanganinya, tetapi Cantona menegaskan United tetap akan melangkah kehadapan tidak kira siapa sahaja yang pergi (meninggalkan United).

     "Anda boleh menggantikan mana-mana pemain, terutama di kelab seperti Manchester United, dengan pengurus hebat seperti Alex Ferguson," Cantona memberitahu pemberita.

     "Setiap kali pemain pergi, anda fikir kelab tidak akan memenangi apa-apa lagi. Tetapi mereka (United) tetap menang.

     "Mereka sangat kuat dan mempunyai sejarah yang hebat, dan mereka bekerja keras setiap hari, jadi setiap pemain boleh digantikan.

     "Paul (Scholes) adalah pemain hebat. Namun saya, Ronaldo, Hughes, Beckham telah pergi dan United masih kekal antara kelab terbaik dunia."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...