Friday, August 5, 2011

Top 5 - Community / Charity Shield antara seteru setempat.

     Perlawanan antara Manchester United dan musuh setempat Manchester City Ahad ini adalah kali ke tujuh melibatkan seteru setempat dalam perlawanan Community (Charity) Shield.

     Liverpool dan Everton telah berdepan sesama mereka sebanyak tiga kali, termasuk dua kali dalam masa dua tahun pada era 1980an. Wolves dan West Bromwich juga Arsenal dan Tottenham pernah bertemu, sementara United dan City bertemu pada 1956.

     Adakah ini permulaan dominasi dua kelab dari Manchester?. Kita lihat top 5 perlawanan Community / Charity Shield melibatkan seteru setempat.


1. Man United vs Man City 1-0, 24 Oktober 1956, Maine Road.

Dennis Viollet
     Dalam perlawanan ke 34 Charity Shield ini, United selaku juara liga 1955/56 bertemu City yang menyandang Piala FA. Ini juga merupakan perlawanan pertama Manchester derby menggunakan lampu limpah di stadium.

     United memenangi perlawanan dengan jaringan tunggal Dennis Viollet. Penjaga gol David Gaskell membuat penampilan pertama apabila menggantikan tempat Ray Wood yang cedera, pada usia 16 tahun dan 19 hari untuk kekal rekod menjadi pemain termuda bermain untuk United hingga kini.

2. Liverpool vs Everton 1-0, 13 Ogos 1966, Goodison Park.

     Wira Piala Dunia England Roger Hunt, Alan Ball dan Ray Wilson berarak mengelilingi Goodison Park dengan menjulang trofi Jules Rimet sebelum perlawanan pertama Charity Shield melibatkan Merseyside derby bermula.

       Hunt menjaringkan gol kemenangan kepada Liverpool di hadapan 63,329 penyokong.

3. Everton vs Liverpool 1-0, 18 Ogos 1984, Wembley.

     Setelah 18 tahun tewas ditangan seteru setempat, Everton akhirnya menafikan kemenangan Liverpool dalam perlawanan sengit antara dua pasukan.

     Penyandang Piala FA Everton menewaskan Juara Liga hasil jaringan sendiri penjaga gol Bruce Grobbelaar akibat keadaan kelam kabut di depan pintu gol.

4. Everton vs Liverpool 1-1, 16 Ogos 1986, Wembley.

 Ian Rush and Kevin Ratcliffe
     Seteru Merseyside sekali lagi bertemu dalam Charity Shield, kali ini Liverpool merupakan pemyandang juara liga dan pemenang Piala FA.

     Setelah masing-masing memenangi satu selepas dua kali bertemu, gol daripada Adrian Heath dan Ian Rush menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi trofi.

5. Arsenal vs Tottenham 0-0, 10 Ogos 1991, Wembley.

Tony Adams dan Gary Mabbutt
     Selepas menewaskan juara liga Arsenal pada separuh akhir Piala FA di Wembley, dan seterusnya muncul pemenang, Tottenham kembali ke Wembley untuk berdepan saingan London mereka.

     Seri tanpa sebarang jaringan bermakna trofi dikongsi selama enam bulan bagi setiap pasukan, sebelum penentuan sepakan penalti mula diperkenalkan pada 1993.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...