Monday, August 8, 2011

Manchester City vs Manchester United 2-3 - Nani memastikan kemenangan United pada penghujung perlawanan.

Nani menjaringkan gol penyamaan United
    
     Nani menjaringkan gol pada masa kecederaan buat Manchester United bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan saingan tradisi Manchester City dalam perlawanan Community Shield.

     Pemain Portugal itu meloloskan diri daripada garisan tengah padang pada minit keempat masa kecederaan untuk menambah gol kedua peribadi beliau.

     City mengambil kesempatan daripada kesilapan penjaga gol muda United David de Gea untuk berada di depan hasil jaringan Joleon Lescott dan Edin Dzeko. Dengan kapten musim lalu Carlos Tevez tidak beraksi, Mario Balotelli dan Edin Dzeko di posisi serangan City.

     United bermula dengan baik, dengan percubaan Ashley Young melencong apabila terkena Lescott. Sebaliknya City juga menguasai permain tetapi tidak banyak mengancam kubu United yang dikawal Ferdinand dan Vidic.

     Namun City lebih dahulu di depan apabila Lescott melepaskan diri daripada kawalan Ferdinand dan menanduk masuk bola menewaskan de Gea. Gol kedua City menyusul sejurus sebelum separuh masa tamat apabila cubaan Dzeko daripada jarak 25 meter gagal diselamatkan de Gea.

     Alex Ferguson membuat tiga pertukaran pada separuh masa kedua dengan mengeluarkan Ferdinand, Vidic dan Michael Carrick dan memasukkan Phil Jones, Jonny Evans dan Tom Cleverley. Cleverley yang dipinjamkan ke Wigan musim lalu, terus terlibat dalam aksi dengan hantaran pantas kepada Danny Welbeck yang menanduk bola jauh daripada sasaran.

     United berjaya mengurangkan jurang pada minit ke 52 apabila Smalling menampan bola ke gawang hasil daripada sepakan percuma Young. United terus mengasak City untuk mencari gol penyamaan. Akhirnya hanya enam minit berselang hasil kombinasi Rooney, Cleverley dan Nani, United menyamakan kedudukan menerusi jaringan Nani.

     Kedua-dua pasukan saling mengatur serangan namun permainan secara keseluruhannya banyak dikuasai  United. Adam Johnson yang masuk menggantikan Milner mencipta peluang untuk diri sendiri di luar kawasan penalti namun de Gea beraksi cemerlang menafikan percubaannya.

     Berbatov masuk menggantikan Welbeck pada minit ke 88. United sekali lagi berpeluang menjaringkan gol apabila Smalling membuat hantaran daripada sayap kanan sebelum rembatan Nani ditampan Lescott dan percubaan susulan Cleverley melepasi palang.

     Perlawanan seolah-olah menuju ke penentuan sepakan penalti tetapi United berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit akhir masa tambahan. Nani berjaya melepasi kawalan Kompany dan meluru ke gol City menewaskan Hart yang keluar posisi.

Vidic menjulang Community Shield di Wembley.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...