Tuesday, August 9, 2011

Obertan - Saya tinggalkan United untuk bermain.

Obertan sah sebagai pemain Newcastle
     Selepas menandatangani perjanjian lima tahun dengan Newcastle, Gabriel Obertan telah meluahkan mengapa beliau meninggalkan Manchester United.

     Pemain Perancis itu yang menyertai United dua tahun lalu dengan kos £3juta, merupakan kejutan bekas pengurusnya di Bourdeux Laurent Blanc, yang merasakan Obertan belum cukup baik buat United.

     Beliau hanya beraksi sebanyak 28 kali bersama United untuk tempoh dua tahun lalu, walaupun menonjolkan potensi beliau namun dirasakan beliau belum bersedia untuk aksi pasukan utama. Pada usia 22 tahun walaupun perpindahannya ke Newcastle tampak seperti terburu-buru namun selamat berjaya diucapkan kepada Obertan.

     "Saya bercakap dengan beberapa rakan saya dan Newcastle adalah kelab besar dengan sejarah sendiri di England, jadi ia satu langkah yang baik," kata Obertan. "Saya gembira di sini kerana ia masih kelab yang besar bagi saya.

     "Ia bukan sesuatu keputusan yang sukar untuk datang ke sini. Saya menghabiskan dua tahun yang bermakna di Manchester tetapi terdapat sedikit kesukaran dengan saingan (tempat) dan saya perlukan kelab di mana saya boleh dapat banyak peluang bermain.

     "Saya tahu bukanlah mudah untuk bermain setiap perlawanan di sini, kerana mereka adalah kumpulan yang hebat, namun saya mahu permulaan yang baik dalam karier bolasepak saya."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...