Wednesday, August 10, 2011

Sejarah Jersi Manchester United - Siri 4


1964-1971 - Jersi home Manchester United.

Pada musim 1964/65, United ada ketikanya bertukar daripada memakai setoking putih kepada stoking merah. Perubahan ini kekal pada musim 1965/66. Jersi ini adalah yang paling terkenal dengan pemakainya termasuk George Best, Denis Law, Bobby Charlton, Nobby Stiles, Brian Kidd dan Paddy Crerand.



1968 - Jersi Akhir Piala Eropah Manchester United.

Merupakan jersi perlawanan akhir Eropah yang tunggal dipakai oleh barisan bintang Sir Matt Busby atau Busby Babes. Soal kenapa mereka memilih warna biru masih menjadi misteri namun siapa dapat melupakan kemenangan 4-1 United keatas Benfica selepas masa tambahan dan menjadi kelab England pertama menjadi juara. Jersi klasik untuk perlawanan klasik - baju biru, seluar biru dan stoking biru.


1969-1971 - Jersi away Manchester United.

Pada 1969, United memperkenalkan jersi tempat lawan dengan keseluruhan termasuk baju, seluar dan stoking putih. Ia dipakai terutamannya di Anfield, Highbury and Halifax. Pertukaran stoking merah juga perlu terutama apabila berkunjung ke West Ham yang memakai stoking putih.


1971-1972 - Jersi home Manchester United.

 
Sepuluh tahun selepas menukar rekabentuk jersi home, United kembali kepada warna merah, putih dan hitam. Jersi baru untuk musim 1971/72 memaparkan kolar liut besar - fesyen terkini pada 1970an.



1971-1972 - Jersi away Manchester United.

Untuk musim ini jersi away United adalah berwarna putih dengan kolar liut besar mengikut fesyen semasa 1970an. Walaupun kebiasaan dipakai dengan seluar putih dan stoking hitam namun kombinasi warna bergantung kepada pihak lawan - merah, putih dan hitam.



1972-1973 - Jersi ketiga Manchester United.

 Bagi musim ini United memakai jersi ketiga ini ketika bertandang ke Southampton, Stoke City , Sunderland dan Sheffield United. Baju kuning dengan kolar liut besar berwarna biru, seluar biru dan stoking kuning.

*sumber prideofmanchester.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...