Friday, August 26, 2011

Manchester United diundi bersama SL Benfica, FC Basel dan FC Otelul Galati.


     Manchester United finalis Champions League 2011 telah diundi bersama dengan naib juara liga Portugal SL Benfica, juara Switzeland FC Basel dan juara Romania FC Otelul Galati dalam kumpulan C peringkat kumpulan Champions League musim ini.

     United berazam untuk layak ke akhir Champions League buat kali keempat dalam lima musim selepas menewaskan Chelsea dan kalah dua kali di tangan Barcelona. Perlawanan akhir kali ini akan diadakan di Allianz Arena Munich Jerman, gelanggang Bayern Munich.


     Sir Bobby Charlton yang membantu proses undian untuk pot ke 2, telah meletakkan Benfica dalam kumpulan yang sama dengan United. Beliau merupakan sebahagian daripada pasukan United yang menewaskan Benfica pada perlawanan akhir 1968 untuk menjadi kelab England pertama dan kelab Bristish kedua selepas Celtic menjuarai Piala Eropah tahun sebelumnya. Charlton menjaringkan dua gol untuk kemenangan 4-1 di Wembley, 10 tahun selepas tragedi Munich.

     Basel diundi seterusnya bersama United, dengan kelab Switzerland itu pernah dikalahkan United pada peringkat kumpulan di laman sendiri sebelum seri di Old Trafford pada musim 2002/03. United juga akan mengalu-alukan kelab baru Otelul Galati, juara Romania yang sebelum ini tidak pernah bertemu, tetapi berharap akan memberi saingan untuk musim ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...