Thursday, August 25, 2011

Manchester United jana £40 juta melalui perjanjian dengan DHL.

     Manchester United akan mendapat £40juta dalam masa empat tahun setelah mempersetujui perjanjian penajaan pakaian latihan dengan DHL.

     DHL, syarikat kurier terbesar dunia akan membayar United £10juta setahun dalam masa empat tahun akan datang untuk penajaan pakaian latihan.

     Perjanjian ini adalah yang pertama dalam Liga Perdana dan walaupun pasukan lain akan cuba mengikut jejak United, namun kebanyakkan tidak mampu mendapat £40juta dalam tempoh yang sama untuk jersi pasukan utama mereka. Kini, apa yang akan menjadi pertama seumpamanya, United akan menawarkan hak penajaan Kompleks Latihan Carrington.

     
     Nama Old Trafford tidak akan terusik namun United mempertimbangkan untuk menawarkan hak penajaan nama kompleks latihan. Dengan panggilan rasmi Trafford Training Centre, kompleks ini telah menjadi mercu tanda sejak dibuka pada tahun 2000. Bangunan utama telah diikuti dengan Pusat Akademi pada 2002 dan kerja-kerja akan dimulakan bulan hadapan untuk bangunan sains dan perubatan.

     Menjelang tahun hadapan, tapak seluas 108 ekar ini akan terdiri daripada £33.5juta nilai struktur, dan tidak syak lagi ia pastinya memerlukan tawaran lumayan buat United menerima tawaran hak penajaan nama.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...