Wednesday, August 24, 2011

Manchester United vs Tottenham Hotspur 3-0

Welbeck selepas menjaringkan gol pertama.
     Manchester United memulakan musim 2011/12 di Old Trafford dengan kemenangan bergaya 3-0 ke atas Tottenham. David de Gea yang mendapat perhatian terutama daripada media, tanpa bolos dan membuat beberapa aksi hebat menyelamatkan bola pada penampilan pertama di Old Trafford.

     Patrice Evra menjadi kapten pasukan akibat kecederaan Vidic dan de Gea di posisi gol. Chris Smalling bermain di bek kanan, sementara Phil Jones bergandingan dengan Jonny Evans untuk pertahanan tengah. Luis Nani, Tom Cleverley, Anderson dan Ashley Young melengkapkan barisan midfield dan  Danny Welbeck bermula sedikit di hadapan posisi Wayne Rooney. Ini adalah pasukan kedua termuda United dalam Liga Perdana.

     Tidak banyak aksi dalam separuh masa pertama dengan kedua-dua pasukan hampir seimbang dan kedua-dua penjaga gol diuji dengan beberapa percubaan. Ashley Young hampir memecah kebuntuan tetapi tandukan lambungnya tersasar daripada gol. De Gea juga menafikan beberapa percubaan Spurs dengan Gareth Bale, Nico Kranjcar dan Rafael Van Der Vaart menguji pemain Sepanyol itu daripada luar kotak penalti.

     Pada permulaan separuh masa kedua Spurs bermula baik namun United dapat menyerap serangan sambil menguji Brad Friedel penjaga gol Spurs menerusi Young, Anderson dan Rooney. Namun selepas sejam masa perlawanan hantaran cantik daripada Cleverley ke kotak penalti ditanduk oleh Danny Welbeck ke penjuru kanan gol melepasi Friedel. Ia adalah detik perubahan dalam perlawanan dan Old Trafford bergegar dengan sorakkan penyokong pada minit ke 61.

     United berusaha untuk mendapatkan gol kedua dan tidak menunggu lama untuk itu. Bermula daripada lontaran pantas de Gea kepada Young di sebelah kiri sayap yang kemudiannya melorongkan kepada Rooney. Anderson yang tidak dikawal menerima hantaran Rooney di luar kotak penalti sebelum Welbeck membuat back-heel kepada Anderson untuk jaringan cantik gol kedua. Ia mirip kepada gol penyamaan ketika perlawanan Community Shield di mana ia melibatkan sebahagian pemain midfield dan Rooney khususnya.

Anderson meraikan gol kedua United.

     Pertukaran tiga pemain Javier Hernandez, Ji-Sung Park dan Ryan Giggs menggantikan penjaring Danny Welbeck dan midfield Ashley Young dan Tom Cleverley hanya menambahkan tempo serangan United dengan kombinasi seimbang pengalaman dan pemain muda.

     Pada minit ke 87 United menjaringkan gol ketiga untuk tiga mata penuh hasil hantaran chip Giggs dan ditanduk kemas Rooney untuk gol kedua liga dalam dua perlawanan. Sambutan dan sorakan para pemain dan penyokong memberitahu anda mengenai United  yang mahukan kejuaraan ke 20 liga. Mungkin adalah terlalu awal untuk itu namun anda merasakan sesuatu yang terbaik akan datang sejak Fergie's Fledglings 1992.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...