Thursday, August 11, 2011

Top 5 - Pemain United yang berpindah ke Newcastle.

     Gabriel Obertan melengkapkan perpindahan ke Newcatle United Selasa lalu. Antara sebab utama menjadi pendorong kepada beliau untuk meninggalkan Manchester United adalah beliau mahukan lebih masa bermain.
     
     Dengan saingan yang hebat di Old Trafford untuk tempat dalam kesebelasan utama, Obertan merasakan sudah sampai masanya beliau berpindah. Kita lihat pemain-pemain lain yang telah berpindah ke Newcastle selepas kurang menyerlah di United.


1. Nicky Butt - Julai 2004.

     Membuat penampilan pertama buat United pada 21 November 1992 namun hanya mula mendapat tempat dalam pasukan pada musim 1994/95. Dengan perpindahan Paul Ince pada 1995, Ferguson meletakkan Butt berganding dengan Roy Keane.
    
     Butt juga menjadi pengganti Keane yang cedera semasa musim 1997/98 dan tersenarai dalam anugerah PFA Team of the Year. Namun sekembalinya Keane dan dengan meningkatnya prestasi Paul Scholes dibahagian midfield, penglibatan Butt semakin terhad.

     Beliau menyertai Newcastle pada Julai 2004 dengan kos perpindahan £2.5juta untuk kontrak empat tahun. Beliau membuat 387 penampilan dengan United dan menjaringkan 26 gol - selain enam medal gelaran liga, tiga Piala FA termasuk musim trebel 1999.


2. Alan Smith - Ogos 2007.

     Selepas Leeds United tersingkir daripada Liga Perdana penghujung musim 2003/04, Smith menyertai United pada Ogos 2004 dengan kos £7juta. Penyerang ini menjaringkan 10 gol pada musim pertama di Old Trafford, namun kecederaan memaksa beliau terlepas beberapa perlawanan penting termasuk separuh akhir Piala Carling dan akhir Piala FA menentang Arsenal.

     Dengan gandingan Rooney dan Van Nistelrooy lebih menyerlah, Ferguson meletakkan Smith di bahagian midfield sebagai pengganti Roy Keane. Namun posisi tersebut tidak berjaya buat Smith. Hanya pada musim 2006/07, selepas Nistelrooy meninggalkan United Smith kembali beraksi di posisi asalnya iaitu serangan. Smith kemudiannya bersetuju berpindah ke Newcastle dengan kos dianggar sekitar £6juta.


3. Danny Simpson - Januari 2010.

     Salah satu produk daripada akademi bolasepak Manchester United dan mula diserap dalam pasukan simpanan pada 2005. Membuat penampilan pertama buat United menentang pasukan dari Afrika Selatan Kaizer Chiefs pada 18 Julai 2006, di mana United menang 1–0.

     Selepas dipinjamkan ke Royal Antwerp dan Sunderland, Simpson kembali ke Old Trafford pada permulaan musim 2007/08 dan menandatangani kontrak baru tiga tahun. Sekali lagi Simpson dipinjamkan ke Ipswich Town, Blackburn Rovers dan Newcastle antara 2008 hingga 2010.

     Selepas berakhir tempoh pinjaman pada Januari 2010, Newcastle membuat tawaran kepada United untuk mendapatkan Simpson secara kekal, dan pada 20 Januari persetujuan tercapai dan Simpson menandatangani kontrak tiga tahun setengah dengan Newcastle.


4. Keith Gillespie - Januari 1995.

     Gillespie menandatangani perjanjian dengan United pada musim panas 1991 dan merupakan sebahagian daripada anggota Class of 1992 yang terdiri daripada  Ryan Giggs, Paul Scholes, David Beckham, Gary Neville dan Robbie Savage.

     Membuat penampilan pertama pada musim 1992/93 namun kemudiannya dipinjamkan ke kelab divisyen tiga Wigan Athletic pada musim berikutnya. Beliau berpindah ke Newcastle pada Januari 1995 sebagai sebahagian daripada £7juta (£6juta tunai) yang membawa Andy Cole ke Old Trafford.


5. Peter Beardsley - September 1983.

     Memulakan kariernya dengan with Carlisle United pada 1978. Beliau berjaya menjaringkan 22 gol daripada 104 penampilan liga dan sekaligus membantu pasukannya layak ke Divisyen dua pada hujung musim 1981/82.
  
     Beardsley kemudian berhijrah ke kelab bolasepak di Kanada
Vancouver Whitecaps pada 1982 tetapi tidak lama. Selang beberapa minggu berada di Kanada beliau kembali ke England apabila Ron Atkinson membayar  £250,000 membawanya ke Manchester United.

     Beliau hanya membuat satu penampilan dengan United dalam Piala Liga sebelum berpindah ke Newcastle pada September 1983.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...