Saturday, August 13, 2011

Previu - West Brom vs Manchester United

Alex Ferguson dan Roy Hodgson

Tarikh: 14 Ogos 2011 Tempat: The Hawthorns Masa: 11 malam.

     Pasukan Sir Alex Ferguson dilihat sebagai pasukan yang perlu ditewaskan musim ini selepas menewaskan seteru setempat Manchester City dalam Community Shield Ahad lalu walaupun ketinggalan dua gol pada separuh masa.

     Sejak mengambil alih jawatan pengurus di West Brom, Roy Hodgson hanya tewas dua kali dan bekas jurulatih Fulham dan Liverpool itu telah menambah beberapa pemain seperti Ben Foster dari Birmingham, Shane Long dari Reading dan Zoltan Gera dari Fulham.

     United juga telah menambah pemain baru yang signifikan seperti David De Gea dari Atletico Madrid, Phil Jones dari Blackburn dan Ashley Young dari Aston Villa. Dan dengan peningkatan mendadak Tom Cleverly dalam Community Shield selepas dipinjam kan ke Wigan musim lalu, Ferguson tampak menambah suntikan pemain muda yang diperlukan dalam pasukannya.

Musim lalu : West Brom 1 Manchester United 2, Manchester United 2 West Brom 2.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...