Monday, September 19, 2011

Blast from the Past - Rekod perlawanan pertama pengurus Chelsea berdepan Sir Alex Ferguson.

     United terus mengekalkan permulaan cemerlang musim ini dengan mencatat kemenangan kelima daripada lima perlawanan selepas menundukkan Chelsea 3-1 semalam. Kini pasukan Old Trafford itu dalam laluan menyamai rekod 10 kemenangan pada musim 1985/86 iaitu sebelum Alex Ferguson menjadi pengurus.

     Walaupun bermula dengan cemerlang namun United gagal mengekalkan momentum apabila kecederaan pemain-pemain utama seperti kapten Bryan Robson yang hanya dapat bermain 21 daripada 42 perlawanan liga. United pada musim tersebut hanya mampu untuk menamatkan musim ditangga keempat.

     Berikut adalah rekod pertemuan perlawanan pertama setiap pengurus Chelsea menentang pasukan bimbingan Sir Alex Ferguson semenjak beliau mengambil alih United pada November 1986.

1. John Hollins, Chelsea vs Manchester United 1-1, 21 Feb 1987, Stamford Bridge.

2. Bobby Campbell, Manchester United vs Chelsea 0-0, 21 Nov 1989, Old Trafford.

3. Ian Porterfield,  Chelsea vs Manchester United 1-3, 15 Dis 1991, Stamford Bridge.

4. David Webb,  Manchester United vs Chelsea 3-0, 17 Apr 1993, Old Trafford.

5. Glenn Hoddle,  Chelsea vs Manchester United 1-0, 11 Sep 1993, Stamford Bridge.


     Dalam perlawanan liga pertama antara kedua pasukan musim 1993/94, Chelsea menjadi pasukan pertama mengalahkan penyandang juara liga United.

     Gol Gavin Peacock memberikan kekalahan pertama United dalam 17 pelawanan sejak awal Mac. Dalam perlawanan timbal balik di Old Trafford pada Mac 1994, Peacock sekali lagi menjaringkan gol tunggal untuk kemenangan double Chelsea ke atas United pada musim ini.


6. Ruud Gullit, Manchester United vs Chelsea 1-2,  02 Nov 1996, Old Trafford.

7. Gianluca Vialli, Chelsea vs Manchester United 0-1, 28 Feb 1998, Stamford Bridge.

8. Claudio Ranieri, Manchester United vs Chelsea 3-3,  23 Sep 2000, Old Trafford.

9. Jose Mourinho, Chelsea vs Manchester United 1-0, 15 Ogos 2004, Stamford Bridge.
  
  
     Gol awal Eidur Gudjohnsen memberikan permulaan sempurna buat Jose Mourinho sebagai pengurus Chelsea.

     Gudjohnsen mengambil kesempatan daripada cubaan lemah daripada penjaga gol United Tim Howard untuk menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke 14.

     Ini ada keputusan yang memberi tamparan hebat buat pasukan Sir Alex Ferguson, yang menguasai perlawanan namun tiada penyudah untuk menjaringkan gol.



10. Avram Grant, Manchester United vs Chelsea 2-0, 24 Sep 2007, Old Trafford.

11. Luiz Felipe Scolari, Chelsea vs Manchester United 1-1, 21 Sep 2008, Stamford Bridge.

     Gol penyamaan lewat permainan mengekalkan rekod tanpa kalah di laman sendiri perlawanan liga dan satu mata berharga buat kelab London itu.

     Park Ji Sung terlebih dahulu meletakkan United di depan pada minit ke 18 selepas Petr Cech hanya mampu menepis rembatan Dimitar Berbatov. United kemudian kehilangan khidmat penjaga gol Edwin Van der Sar akibat kecederaan dalam separuh masa pertama dan ini diambil kesempatan Chelsea untuk mengawal perlawanan.

     Joe Cole dan Nicolas Anelka mempersiakan banyak peluang sebelum Salomon Kalou menanduk masuk gol penyamaan 10 minit sebelum tamat.

12. Carlo Ancelotti, Chelsea vs Manchester United 1-0, 8 Okt 2009

13. André Villas-Boas, Manchester United vs Chelsea 3-1, 18 Sep 2011, Old Trafford.

* Guus Hiddink tidak bertemu United ketika menjadi pengurus sementara Chelsea pada 2009.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...