Saturday, September 17, 2011

Sejarah Sir Matt Busby - Siri 5.

     Selepas Manchester United cuba untuk menandatangani Sir Matt dari Manchester City pada 1930, beliau menjadi kawan baik dengan pegawai United Louis Rocca. Hubungan mereka juga dibantu oleh hakikat yang mereka berdua adalah ahli dalam kelab Manchester Catholic Sportsman.

     United terdesak untuk mendapatkan pengurus untuk mengambil alih jawatan tersebut daripada setiausaha kelab Walter Crickmer selepas perang dan mesyuarat lembaga pengarah diadakan pada Disember 1944 untuk menentukan calon pengurus baru.


     Mengetahui Sir Matt telah ditawarkan jawatan oleh Liverpool, Rocca memberi jaminan kepada lembaga pengarah United untuk 'serahkan' hal ini kepadanya dan serta merta menulis surat kepada Sir Matt.

     Surat yang dialamatkan kepada rejimen di mana Sir Matt berkhidmat, dengan penuh kesangsian hanya merujuk kepada 'kerja', kerana dikhuatiri akan jatuh ke tangan orang lain, iaitu pegawai-pegawai dari Liverpool.

     Pada Februari 1945, dengan masih memakai uniform tentera, Sir Matt pergi ke Cornbrook Cold Storage, satu daripada perniagaan pengerusi United James W. Gibson di Trafford Park untuk membincangkan kandungan surat Rocca terus dengan pengerusi. Sir Matt meminta kepada pengerusi supaya beliau terlibat secara langsung dengan sistem latihan, memilih pasukan pada hari perlawanan dan juga kuasa membeli dan menjual mana-mana pemain tanpa campur tangan daripada pengarah-pengarah kelab, yang mana beliau percaya mereka (pengarah) tidak tahu secara mendalam tentang bolasepak sebagaimana pengetahuan beliau.

     Kuasa mutlak kepada seseorang pengurus pada masa itu adalah yang pertama seumpamanya dalam bolasepak England, namun pengerusi United tidak berada dalam posisi yang membolehkan sebarang bantahan dibuat terhadap Sir Matt. Pada awalnya Sir Matt ditawarkan kontrak tiga tahun, tetapi berjaya mendapatkan kontrak lima tahun selepas menjelaskan bahawa ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya lima tahun untuk revolusi pasukan membuahkan hasil.

     Kontrak ditandatangani pada hari tersebut - 19 Februari 1945 - tetapi tidak sehingga 1 Oktober barulah secara rasmi Sir Matt mengambil alih teraju di Manchester United. Antara tempoh tersebut beliau kembali ke Army Physical Training Corps, di mana beliau membawa pasukan itu ke Bari, Itali pada musim bunga 1945.

Sir Matt bersama Jimmy Murphy

     Di sana beliau bertanggungjawab untuk latihan pasukan bolasepak yang terdiri daripada pegawai-pegawai yang tidak bertauliah dan diketuai oleh bekas pemain pertahanan tengah West Bromwich Albion Jimmy Murphy. Kagum dengan kemahiran Murphy, Sir Matt berbincang dengan Murphy dan tawarkan jawatan sebagai pembantu pengurus di Manchester United.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...