5. Manchester United vs Chelsea 3-3, 23 Sep 2000, Old Trafford.

Namun sebelum tamat separuh masa pertama penjaga gol United Raimond van der Gouw gagal mengawal bola untuk membolehkan Tore Andre Flo menanduk masuk gol kedua Chelsea. Pada minit ke 65 Graeme le Saux mengeluarkan bola di atas garisan gol daripada percubaan Andy Cole dan ini nyata sangat penting kerana empat minit kemudian Flo sekali lagi menjaringkan gol untuk menyamakan kedudukan sekaligus memberikan satu berharga buat Claudio Ranieri.
4. Chelsea vs Manchester United 3-5, 04 Jan 1998, Stamford Bridge.

Dengan perlawanan berbaki 16 minit Teddy Sheringham menjadikan kedudukan 5-0 sebelum United kembali diasak setelah merasakan kedudukan mereka terlalu selesa. Graeme le Saux memulakan kebangkitan Chelsea empat minit kemudian apabila beliau mengambil kesempatan daripada kesilapan Beckham.
Pemain gantian Gianluca Vialli merembat melepasi Peter Schmeichel pada minit ke 83, sebelum hantaran kebelakang yang lemah oleh Gary Pallister menyaksikan Vialli menggandakan jaringan beliau dan sedikit sebanyak mengekalkan sedikit kredibiliti pada pasukan bimbingan Ruud Gullit.
3. Chelsea vs Manchester United 5-0, 03 Okt 1999, Stamford Bridge.

Chris Sutton kemudian menambah jaringan 15 minit berselang sebelum Nicky Butt dibuang padang selepas menyepak kapten Chelsea Dennis Wise. Pasukan The Blues terus menguasai perlawanan dan menambah gol ketiga apabila Taibi hanya mampu menepis cubaan Frank Leboeuf untuk Poyet mudah menggandakan gol peribadi beliau.
Pada minit ke 60, Henning Berg menjaringkan gol sendiri sebelum Jody Morris melengkapkan gol kelima hasil rembatan kencang yang melepasi antara kaki Taibi sembilan minit sebelum tamat.
2. Manchester United vs Chelsea 4-0, 14 Mei 1994, Wembley.

Mark Hughes mengawal bola sebelum merembat melepasi jangkauan Kharine 21 minit sebelum tamat sebelum Paul Ince membuat hantaran kepada Brian McClair untuk melengkapkan jaringan. Ini juga secara tidak langsung membalas kekalahan berganda dalam liga United terhadap saingan kelab Barat London itu pada musim 1993/94.
1. Manchester United vs Chelsea 1-1 (6-5 sepakan penalti), 21 Mei 2008, Luzhniki Stadium.

Nemanja Vidic dan perlawanan terus berlanjutan hingga ke penentuan sepakan penalti.
Selepas menyaksikan sepakan penalti daripada Ronaldo diselamatkan oleh Petr Cech, kapten John Terry berpeluang memenangi Piala Eropah buat pasukannya namun beliau secara dramatiknya tergelincir semasa mengambil sepakan penalti. Dalam penentuan sudden death Edwin Van der Sar menyelamatkan sepakan Nicolas Anelka dan memberikan United kejuaraan Eropah kali ketiga.
No comments:
Post a Comment