Thursday, September 15, 2011

Alex Ferguson - Saya berpuas hati dengan satu mata.

     Sir Alex Ferguson menyatakan rasa puas hati dengan satu mata selepas menyaksikan pasukannya hanya mampu seri 1-1 dengan Benfica dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan Champions League.

     Beliau kagum dengan kemampuan United yang bangkit daripada ketinggalan satu gol, di mana Ryan Giggs menjaringkan gol cantik untuk menyamakan kedudukan buat United selepas Oscar Cardozo memberikan kelebihan buat tuan rumah.


     "Kami ketinggalan 1-0 dan kembali bangkit adalah sebahagian yang terbaik daripada perlawanan buat kami," kata Sir Alex Ferguson. "Saya rasa kami bermain dengan baik dalam setengah jam pertama masa kedua, dan kami sepatutnya menambah jaringan.

     "Tetapi dalam 15 minit terakhir saya fikir Benfica lebih menguasai dan Anders (Lindergaard) menyelamatkan satu atau dua percubaan merbahaya untuk mengekalkan United dalam perlawanan. Kami juga memiliki satu atau dua peluang namun keputusan seri lebih adil."

     Aspek positif daripada perlawanan di Estadio de Luz adalah peluang United untuk menurunkan beberapa pemain yang sebelum ini terpinggir samada akibat kecederaan atau sebagainya.

     "Kebanyakkan daripada mereka mendapat peluang bermain," tambah Sir Alex. "Ji Sung dan Carrick bermain 90 minit. Antonio Valencia dan Darren Fletcher kedua-dua bermain dengan baik, begitu juga Fabio."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...