Tuesday, September 20, 2011

Top 5 - Perlawanan klasik Manchester United dengan Leeds United.

     Saingan antara Manchester United dengan Leeds United juga terkenal dengan Roses Rivalry. Persaingan ini berasal daripada permusuhan yang kuat antara dua daerah bersejarah Lancashire dan Yorkshire, yang dipercayai bermula pada ketika Wars of the Roses kurun ke 15.

     Walaupun bandar Leeds dan Manchester dipisahkan dengan jarak 64 km, namun tradisi dan perasaan yang kuat tetap terpelihara dan kukuh antara keduanya. Kajian bebas oleh Football Fans Census menunjukkan persaingan antara Leeds dan United berada ditangga tiga teratas dalam tiga pasukan teratas.

     Menjelang perlawanan pusingan ketiga Piala Liga menentang Leeds United di Elland Road, kita imbas kembali top 5 perlawanan klasik melibatkan kedua pasukan dalam setiap kejohanan.


5. Manchester United vs Leeds United 6-0, 09 Sep 1959, Liga Divisyen 1, Old Trafford.

     Lebih setahun selepas Tragedi Munich menimpa pasukan United, pemain-pemain yang terselamat meneruskan perjuangan di bawah kendalian Sir Matt Busby. Pada Mei tahun sebelumnya United menjadi finalis Piala FA namun tewas ditangan Bolton 2-0.

     Selepas membelasah Chelsea di Stamford Bridge dengan jaringan 6-3 seminggu sebelum itu, United sekali lagi menjaringkan enam gol dengan Leed United menjadi mangsa seterusnya.

     Dua jaringan Bradley dan Viollet, dan masing-masing satu gol daripada Charlton dan Quixall melengkapkan perlawanan bermakna buat United.

4. Leeds United vs Manchester United 5-0, 20 Dis 1930, Liga Divisyen 1, Elland Road.

     Sebelum berkunjung ke Leeds, United pada musim 1930/31 sudah mencatat lima kekalahan dengan bolos lima atau lebih gol, dengan yang terakhir ketika bertandang ke Leicester City dan tewas 4-5.

     Bobby Turnbull menjadi tumpuan apabila menjaringkan hatrik pada perlawanan tersebut dan dua lagi gol masing-masing oleh Billy Furness dan Wainscoat.

     Pada penghujung musim kedua-dua pasukan tersingkir ke Divisyen 2 dengan United di tangga terbawah liga.


3. Leeds United vs Manchester United 1-3, 08 Jan 1992, Piala Liga 5th round, Elland Road.

     Dalam laluan memenangi Piala Liga musim 1991/92 United menewaskan seteru utama Leeds United dengan jaringan 3-1. Sebelum itu United mengenepikan cabaran Cambridge United, Portsmouth dan Oldham Athletic.

     Satu gol masing-masing daripada Blackmore, Giggs dan Kanchelskis cukup untuk melayakkan United ke perlawanan separuh akhir untuk bertemu Middlesbrough. Pada perlawanan akhir di Wembley menentang Nottingham Forest, jaringan tunggal Brian McClair memberikan Piala Liga pertama dalam sejarah United.

2. Leeds United vs Manchester United 2-3, 28 Okt 2003, Piala Liga 3rd round, Elland Road.
    
     Midfield Manchester United Eric Djemba-Djemba menjaringkan gol pada penghujung babak masa tambahan untuk mengecewakan penyokong setia Leeds United sekaligus menyingkirkan pasukan bimbingan Peter Reid daripada Piala Liga (Piala Carling).

     Pertahanan Brazil Roque Junior meletakkan tuan rumah di depan sebelum David Bellion mengikat kedudukan 12 minit sebelum tamat masa. Diego Forlan segera memberikan gol pendahuluan buat United dalam masa tambahan hanya untuk Junior menyamakan kedudukan selepas itu. Namun Djemba-Djemba menjaringkan gol kemenangan untuk United layak ke pusingan seterusnya.

1. Leeds United vs Manchester United 3-4, 30 Mac 2002, Liga Perdana, Elland Road.

     Pasukan Sir Alex Ferguson memanfaatkan beberapa kesilapan pertahanan Leeds United untuk menewaskan seteru tradisi mereka 4-3 selepas satu ketika mendahului 4-1.

     Perlawanan kembali seimbang selepas 20 minit apabila Mark Viduka menyamakan kedudukan selepas Paul Scholes memberikan gol pendahuluan United.

     Dua gol pantas Ole Gunnar Solskjaer dan satu daripada Ryan Giggs memperlihatkan respons United selepas kekalahan 0-1 di Old Trafford kepada Middlesbrough sebelum Ian Harte dan Lee Bowyer mengurangkan defisit jaringan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...