Wednesday, September 21, 2011

Alex Ferguson berpuas hati dengan aksi pemain muda.

     Biarpun pemain yang lebih berpengalaman Michael Owen dan Ryan Giggs menjaringkan gol untuk melayakkan United ke peringkat seterusnya Piala Liga, Sir Alex Ferguson berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan oleh kumpulan pemain muda yang diberi peluang beraksi di Elland Road.

     Kematangan yang ditunjukkan Zeki Fryers dalam 80 minit permainan menentang Leeds sebelum terpaksa dikeluarkan akibat kekejangan. Sementara pemain muda lain Paul Pogba dan Larnell Cole juga memberikan aksi cemerlang masing-masing dalam perlawanan ini.


     "Mereka bermain dengan baik," Sir Alex memberitahu Sky Sports. " Saya fikir Fryers bermain dengan hebat dan mempamerkan ketenangan di bahagian pertahanan. Beliau langsung tidak rasa terganggu, ia petanda baik kerana anda sentiasa akan melihat bagaimana reaksi mereka. Atmosfera di sini sebagaimana yang anda tahu begitu tegang dan beliau dapat atasinya dengan baik.

     " Aksi separuh masa pertama begitu baik. Pergerakkan dan penguasaan bola amat membanggakan. Pada masa kedua, Leeds mengekalkan rentak menyerang dan menunjukkan azam yang tinggi. Mereka tidak mudah mengalah dan kami hanya mahu memastikan kami layak.

     "Paul Pogba masuk pada masa kedua dan mendapat aksi 45 minit, Larnell Cole masuk pada hujung perlawanan dan adalah baik buat beliau. Cole adalah pemain termuda dan masih di bawah 18 tahun, jadi ia adalah perkara terbaik buat mereka untuk merasai atmosfera dan bagaimana rasanya berada dalam pasukan utama."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...