Thursday, September 22, 2011

Sejarah Jersi Manchester United - Siri 5.

1972 - 1975 - Jersi Home Manchester United.

Musim 1972/73, United menggunakan lambang kelab di dada buat pertama kali. Ia di hasilkan oleh syarikat di Manchester, Umbro. Jersi putih dan kuning tempat lawan juga dikeluarkan semula dengan sentuhan tambahan. Bintang baru seperti Steve Coppell dan Lou Macari juga memakai jersi yang sama ketika musim 1974/75 ketika United dalam Divisyen 2.


1975-1976 - Jersi Home Manchester United.

Musim ini menyaksikan United kembali beraksi dalam Divisyen 1 penuh gaya dengan jersi jenama Admiral. Perbezaan antara jenama Umbro hanyalah terdapat empat belang merah pada hujung lengan yang berwarna putih dan kolar putih besar.



1975-1976 - Jersi Away Manchester United.

Jersi ini adalah antara jersi tempat lawan paling digemari kebanyakkan peminat. Lencana United terletak di atas bulatan merah yang dibawahnya tiga garisan hitam dengan logo Admiral di dada bertentangan. Bergantung kepada pasukan lawan, ia dipakai bersama seluar putih atau hitam dan stoking oleh Buchan, Greenhoff, Coppell McIlroy, Pearson, Hill dan Macari.


1976-1978 - Jersi Home Manchester United.

Musim ini terdapat sedikit perubahan pada jersi, di mana logo Admiral diletak di dada sementara belang pada hujung lengan dikecilkan. Jersi khas untuk perlawanan Piala FA untuk meraikan tahun jubli Ratu England. Gambar Piala FA dan perkataan Silver Jubilee 1977 dijahit di lencana kelab. United menewaskan Liverpool 2-1 pada akhir Piala FA 1977 untuk menghalang seteru tradisi itu menjadi juara Treble pertama.


1977 - Jersi perlawanan Charity Sheild.

Perlawanan Charity Sheild musim 1977/78 menyaksikan pertembungan United dan Liverpool. Logo Admiral dan lencana kelab bertukar tempat dengan perkataan FA Charity Sheild di bawah lencana dan tiada lagi bulatan merah. Perlawanan berakhir dengan seri 0-0.


1978-1979 - Jersi Home Manchester United.

Musim 1978/79 adalah ulangtahun ke 100 United bermula daripada nama asal Newton Heath. Admiral menghasilkan jersi khas dengan belang putih lebih tebal pada lengan. Lencana kelab diubahsuai untuk memuatkan tahun 1878-1978 dan tanpa latarbelakang putih. Perkataan Manchester United Football Club juga digantikan dengan Manchester United Centernary. United layak ke akhir Piala FA 1979 namun tewas 3-2 pada Arsenal, pada jersi merah tertera Wembley 1979 di bawah lencana.


1977-1980 - Jersi Home Manchester United.

Musim 1979/80 lebih menarik dengan United terlepas gelaran liga dan mengenakan beberapa jersi ketika itu. Ia dianggap pengeluar jersi Admiral hampir ketandusan idea. United memakai jersi klasik 70an pada beberapa perlawanan, jersi Centenary untuk yang lain dan paling luar biasa jersi akhir Piala FA dipakai untuk perlawanan lain termasuk bukan piala.

*sumber - prideofmanchester.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...