Thursday, September 22, 2011

Blast from the Past - Imbasan 17 tahun dahulu dalam Piala Liga.

Tujuh belas tahun lalu, United mengundang kontroversi apabila menurunkan pasukan 'lemah' pada perlawanan pusingan kedua Piala Liga yang berlangsung di Vale Park 21 Sep 1994.

     Sebagaimana yang berlaku di Leeds United, Sir Alex sekali lagi mengambil kesempatan dengan membuat rombakan besar pasukan . Hanya dua pemain tersenarai dalam kesebelasan utama selepas turun menentang Liverpool lima hari sebelumnya iaitu Denis Irwin dan David May.

     Sembilan pemain lagi adalah termasuk pemain-pemain yang kurang ternama seperti Gary Neville, David Beckham, Nicky Butt dan Paul Scholes. Namun Scholes mencuri tumpuan apabila menjaringkan dua gol dalam penampilan senior pertamanya, dengan pelawat menang selepas ketinggalan dengan jaringan 2-1.

     Sir Alex kemudian mengakui pemilihan pasukannya 'akan membangkitkan kemarahan pihak berkuasa (FA England)' tetapi umum sentiasa mengharap hanya yang terbaik daripada Manchester United. Kekurangan pengalaman dalam pasukan saya adalah satu kelebihan kerana mereka tidak gentar kepada sesiapa. Scholes menjaring gol dengan cemerlang sekaligus mencerminkan prestasi hebat pasukan. Justeru apa yang berlaku 17 tahun berikutnya adalah sejarah gemilang dengan Scholes menjadi salah seorang lagenda di Old Trafford.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...