Saturday, September 24, 2011

Top 5 - Perlawanan klasik Manchester United dengan Stoke City.

      Stoke City terkenal dengan permainan fizikal terutama di laman sendiri. Kebanyakkan kelab utama kerap kali berdepan masalah untuk pulang dengan tiga mata penuh dan jauh sekali untuk mendapatkan keputusan dengan jaringan besar.         

     United akan berkunjung ke stadium Brittania berbekal rekod prestasi cemerlang permulaan musim, namun sudah pasti Stoke City akan menjadi medan ujian buat pelawat. Menjelang pertemuan kedua pasukan hujung minggu ini kita lihat top 5 perlawanan klasik dalam semua kejohanan.


5. Stoke City vs Manchester United 2-4, 19 Jan 1931, Piala FA 3rd round 2nd replay, Anfield.

     Kedua pasukan terikat dua perlawanan terdahulu dengan keputusan 3-3 di Victoria Ground dan 0-0 di Old Trafford untuk ulangan pertama. Perlawanan ulangan kedua berlangsung di Anfield. Perlawanan berakhir dengan jaringan 4-2 memihak United, tetapi pada pusingan seterusnya United disingkirkan oleh Grimsby Town 1-0.

4. Stoke City vs Manchester United 3-2, 21 Sep 1946, Liga Divisyen 1, Victoria Ground.

Jimmy Delaney
     Setahun sebelumnya liga ditangguhkan akibat meletusnya Perang Dunia Kedua dan akibatnya United terpaksa menggunakan Maine Road buat sementara setelah Old Trafford dibom tentera Jerman. Manchester City masih lagi bermain di Divisyen 2.

     Dengan lima kemenangan dan satu seri pada enam perlawanan awal musim, United berkunjung ke Victoria Ground untuk mengekalkan momentum. Walaupun Delaney dan Hanlon menjaringkan dua gol namun United tewas 3-2 untuk kekalahan pertama musim dan hanya mampu menjadi naib juara liga satu mata di belakang Liverpool pada penghujung musim.  

3. Stoke City vs Manchester United 2-4, 30 Mac 1968, Liga Divisyen 1, Victoria Ground.

     Musim 1967/68 merupakan antara musim cemerlang dalam sejarah United apabila menjadi juara Eropah pertama dari England namun dalam liga domestik United ditangga kedua, dua mata dibelakang Manchester City.

     Ia juga musim di mana George Best memperkenalkan dirinya kepada dunia bolasepak dengan 32 gol dalam semua kejohanan. Tiga hari sebelumnya United tewas dilaman sendiri ditangan juara City dan untuk berkunjung ke Stoke bukanlah satu tugas mudah.

     United menjaringkan empat gol masing-masing menerusi John Aston Jr, Best, Alan Gowling dan Jimmy Ryan untuk menewaskan tuan rumah yang hanya mampu dengan dua gol.


2. Manchester United vs Stoke City 5-0, 06 Apr 1985, Liga Divisyen 1, Old Trafford.

     Pada musim ini United berjaya menewaskan juara liga Everton 1-0 dalam perlawanan akhir Piala FA dan mendapat tempat keempat liga. Ia adalah musim pertama buat Gordon Strachan dan Jesper Olsen, sementara Mark Hughes mengekalkan statusnya sebagai penyerang utama bersama Frank Stapleton, mengambil alih tempat Norman Whiteside yang bertukar posisi ke midfield menggantikan Ray Wilkins.

     Hughes dan Olsen masing-masing menjaringkan dua gol dalam perlawanan ini sementara Whiteside melengkapkan jumlah jaringan. Hughes menjadi penjaring terbanyak United dengan 24 gol dan dalam saingan UEFA Cup United tersingkir ditangan kelab Hungary Videoton di suku akhir.

1.  Manchester United vs Stoke City 5-0, 15 Nov 2008, Liga Perdana, Old Trafford.

     Gol ke 100 Cristiano Ronaldo membantu United membenam cabaran Stoke City dengan jaringan 5-0. Pemain sayap Portugal itu menjaringkan gol pertama menerusi sepakan percuma sebelum membantu gol kedua jaringan Michael Carrick.

     Dimitar Berbatov menambah jaringan hasil volley cantik sebelum Danny Welbeck yang membuat penampilan liga pertamanya pada usia 17 tahun menjaringkan gol cantik di luar kotak penalti.

     Ronaldo memastikan kemenangan bergaya United sekali lagi melalui sepakan percuma. Tiga mata penuh United lebih bermakna apabila Sir Alex Ferguson meraikan ulang tahun ke 50 penglibatannya dalam bolasepak selepas membuat penampilan pertama pada usia 16 tahun semasa kekalahan 2-1 Queen's Park menentang Stranraer pada 15 November 1958.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...