Sunday, September 25, 2011

Kami bermain seperti juara.

     Sir Alex Ferguson berkata pasukannya bermain seperti juara selepas bertarung untuk keputusan seri 1-1 dengan Stoke City.

     United berada di depan hasil gol solo cantik daripada Nani, tetapi Stoke telah membuktikan musim ini bahawa kunjungan pasukan besar tidak sedikit pun menggentarkan mereka malahan penjaga gol United David de Gea lebih sibuk di bahagian gol.

     Peter Crouch menyamakan kedudukan pada minit ke 52 dan Sir Alex berpendapat keputusan seri adalah keputusan yang saksama.
   
     "Saya berpuas hati dengan prestasi pasukan - mereka bermain dengan bersungguh-sungguh dan bermain seperti juara," beliau memberitahu MUTV.

     "Jika Stoke akan menjaringkan gol, ia adalah daripada set-piece. Mereka memiliki pemain dengan fizikal yang besar dan memberi tekanan kepada pasukan kami.

     "Dari aspek serangan kami mempamerkan permainan cemerlang dan mungkin boleh menjaringkan lebih daripada satu gol. Kami selalu bermain baik di sini, tetapi dengan perubahan yang terpaksa dilakukan (akibat kecederaan Evans, Hernandez dan Rooney) mungkin membuatkan kami sedikit pincang.

     "Seri mungkin keputusan yang adil. Ia adalah tempat yang sukar untuk pasukan pelawat."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...