Tuesday, September 27, 2011

Dimitar Berbatov akan turun menentang Basel.

Gol terakhir peringkat Eropah pada Okt 2008
     Dimitar Berbatov sekali lagi berharap akan mengisi posisi serangan selepas Wayne Rooney terpaksa diketepikan untuk dua perlawanan berturut-turut akibat kecederaan hamstring dan Javier Hernandez akibat kecederaan kaki semasa seri 1-1 dengan Stoke City.

     Jika beliau sebagaimana perlawanan bertemu Stoke bermula dalam perlawanan menentang Basel malam ini, maka ia adalah permulaan ketiga beliau dalam Champions League tahun 2011 dengan yang terakhir pada perlawanan separuh akhir musim lalu ketika United menewaskan pasukan Jerman Schalke 4-1 di Old Trafford.


      Gol terakhir beliau dalam Champions League ialah pada kemenangan 3-0 United ke atas Celtic pada peringkat kumpulan Oktober 2008, sejak beliau bermula dalam 10 perlawanan dan gagal menjaringkan gol dalam 10 perlawanan seterusnya.

     "Sudah tentu, ya," kata Sir Alex apabila ditanya adakah Berbatov masih mempunyai peranan dalam pasukan United. "Beliau adalah sebahagian daripada pasukan dan mereka semua punyai peranan dalam konteks bilangan perlawanan dalam Liga Perdana, Champions League, Piala Liga dan Piala FA. Ia musim yang memenatkan, kecuali anda menggunakan pasukan dengan baik.

     "Saya tidak perlu meyakinkan Dimitar. Beliau tahu peranannya dalam pasukan dan ini sama untuk semua pemain di sini buat masa ini. Federico Macheda, Mame Diouf dan Michael Owen juga tidak bermain sekerap yang dijangka tetapi perlawanan Sabtu lalu (menentang Stoke) adalah perlawanan keenam dalam liga dan juga Benfica dan Leeds matches. Jadi ia masih awal dan masih banyak masa."  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...