Thursday, September 29, 2011

Alex Ferguson bimbang dengan prestasi namun yakin untuk layak ke pusingan seterusnya.


Ashley Young menjaringkan gol penyamaan.

     Keputusan seri dramatik dengan Basle menyebabkan Sir Alex mengakui bahawa United perlu 'menyelamatkan' kempen Champions League kali ini selepas hanya mengutip dua mata selepas dua perlawanan dalam kumpulan C.

     "Kami bermain dengan terlalu ramai berada di bahagian serangan pada satu-satu masa, terlalu ramai, dan walaupun kami membuat persediaan mungkin pemain-pemain menganggap mereka boleh melakukan (menewaskan) pasukan seperti Basle," kata Sir Alex.



     "Ia satu kemungkinan (United sedikit leka dengan prestasi perlawanan terdahulu). Kami memberi banyak ruang di bahagian pertahanan. Jika kami tumpukan perhatian pada bahagian pertahanan, kami tidak mungkin menghadapi masalah.

     "Kami agak cuai secara keseluruhannya. Serangan kami sangat bagus, terutama separuh masa pertama, tetapi Basle masih mampu menjaringkan tiga gol."

     Sir Alex nyata tidak berpuas hati dengan penalti untuk gol ketiga Basle yang dihadiahkan oleh pengadil dari Itali Paolo Tagliavento dan menganggap ia adalah keputusan yang tidak tepat.

     Prestasi Danny Welbeck mungkin satu-satunya aspek positif yang boleh dibanggakan, walaupun penyerang 20 tahun itu mengakui selepas menjaringkan gol pertama dalam Champions League sebagai pengalaman pahit dan manis.

     "Saya sangat kecewa,' kata Welbeck. "Ia seakan-akan satu kekalahan."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...