Friday, September 30, 2011

Top 5 - Perlawanan klasik antara Manchester United dengan Norwich City.

     Norwich City akan berkunjung ke Old Trafford Sabtu ini dengan kali terakhir kedua pasukan bertemu enam tahun lalu. Pada penghujung musim 2004/05 Norwich tersingkir daripada Liga Perdana namun kejayaan menewaskan United pada musim itu kekal menjadi salah satu memori.

     Sepanjang sejarah pertemuan tidak banyak jaringan besar dilakukan dengan kedua pasukan saling punyai rekod sama rata. Untuk itu pertemuan semula di Old Trafford pastinya akan menguji kedua pasukan tetapi kelebihan nyata di pihak tuan rumah. Kita lihat top 5 pelawanan klasik kedua pasukan.

5. Manchester United vs Norwich City 1-2, 18 Feb 1967, Piala FA Pusingan 4, Old Trafford.

     Musim di mana United akhirnya muncul juara liga empat mata di depan naib juara Nottingham Forest. Namun dalam saingan Piala FA selepas menewaskan Stoke City 2-0 dalam pusingan sebelumnya, lawan United dalam pusingan keempat ialah Norwich City.

     Dengan pemain handalan Denis Law, Bobby Charlton dan George Best beraksi United mempunyai kelebihan apatah lagi beraksi di tempat sendiri. Walaubagaimanapun United tewas dengan jaringan 2-1 dengan Law menjaringkan gol saguhati buat United.



4. Norwich City vs Manchester United 4-1, 26 Sep 1979, Piala Liga Pusingan 3, Carrow Road.

     Selepas menyingkirkan Tottenham Hotspur dalam pusingan kedua dalam dua perlawanan timbal balik United berkunjung ke Carrow Road untuk bertemu Norwich City pada pusingan seterusnya. Empat hari sebelumnya United tewas 1-3 kepada Wolves dalam perlawanan liga dan untuk bertemu Norwich dalam perlawanan seterusnya bukanlah tugas mudah.

     Laluan United untuk mara ke pusingan berikutnya dihalang oleh Norwich apabila menang dengan jaringan 4-1 dan gol tunggal United dijaringkan oleh Lou Macari.

3. Manchester United vs Norwich City 3-0, 26 Dis 1990, Divisyen 1, Old Trafford.

     United sebagai pemenang Piala FA 1990 menanti kunjungan pasukan Canaries ke Old Trafford dengan rekod tanpa kalah dalam empat perlawanan liga dan masih segar sebulan sebelum itu di Highbury di mana United membelasah Arsenal 6-2 dalam pusingan 4 Piala Liga.

     Dua gol jaringan Brian McClair dan satu gol Mark Hughes cukup buat United menewaskan pelawat. Musim 1990/91 United menamatkan liga di tangga ke enam dan ditolak satu masa akibat pergaduhan di tengah pada pada perlawanan menentang Arsenal.

2. Norwich City vs Manchester United 1-3, 05 Apr 1993, Liga Perdana, Carrow Road.

     Musim 1992/93 adalah musim di mana United menamatkan penantian 26 tahun untuk bergelar juara liga. Kali terakhir United menjulang trofi liga ialah pada musim 1966/67 dan masih Liga Divisyen 1. United terlebih dahulu di depan hasil jaringan Ryan Giggs dan diikuti dengan jaringan Kanchelskis hasil gerakan cantik daripada tengah padang.

     Gol ketiga hadir juga dalam separuh masa pertama bermula daripada gerakan solo Paul Ince menggelecek beberapa pertahanan Norwich sebelum melorongkan bola kepada Cantona di sebelah kanan yang dengan mudah memasukkan bola ke dalam gawang terbuka. Bekas pemain United Mark Robin mengurangkan defisit jaringan namun keputusan 3-1 kekal hingga tamat. Perlawanan ini dianggap antara penentu gelaran liga dengan Norwich hanya mampu berada di tangga ketiga di belakang United dan Aston Villa.



1. Norwich City vs Manchester United 2-0, 09 Apr 2005, Liga Perdana, Carrow Road.

     Norwich City meneruskan perjuangan untuk kekal dalam Liga Perdana dan sekaligus hampir memusnahkan harapan gelaran liga United selepas kemenangan mengejut di Carrow Road.

     Dean Ashton menanduk masuk gol pertama hasil hantaran David Bentley daripada sepakan percuma juga mengumpan buat Leon McKenzie untuk sepakan volley gol kedua.

     Craig Fleming dan Jason Shackell cemerlang pada benteng pertahanan Canaries untuk menggagalkan setiap serangan United. Paling hampir adalah percubaan Rooney dalam masa kecederaan yang diselamatkan oleh Robert Green.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...