Sunday, November 6, 2011

Alex Ferguson - 25 tahun bersama United.

Alex Ferguson selepas dilantik pengurus United pada Nov 1986
     Pada 06 November 1986, Sir Alex Ferguson mengambil alih jawatan sebagai pengurus Manchester United daripada Ron Atkinson selepas permulaan buruk United musim 1986/87. Selepas beberapa kekecewaan daripada barisan pemainnya, beliau kembali dengan pasukan yang memenangi Piala FA tahun 1990. Kejayaan seterusnya menyusul dengan Piala Liga 1992 dan kejayaan menamatkan penantian 26 tahun untuk bergelar juara liga pada musim 1992/93.

Sir Alex pada 1999
     Kemampuan beliau untuk membina pasukan dari musim ke musim, dengan menyerap bakat-bakat baru dalam pasukan United menunjukkan hasil yang menakjubkan. Sir Alex Ferguson bekerjasama dengan barisan pemain berbakat seperti Eric Cantona, Ryan Giggs, Gary dan Phil Neville, Paul Scholes dan Ole Gunnar Solskjær dan memenangi liga berganda pada 1993/94 dan 1995/96 juga kejayaan trebel musim 1998/99 dengan memenangi gelaran liga, Piala FA dan Champions League.

     Di bawah kendalian Sir Alex Ferguson, Manchester United memenangi Liga Perdana (12 kali), Piala FA  (5 kali), the League Cup (4 kali), Charity/Community Shield (10 kali), UEFA Champions League (2 kali), UEFA Cup Winners' Cup, UEFA Super Cup Intercontinental Cup dan FIFA Club World Cup (masing-masing sekali)


Knighthood pada 1999.
     Pada 1983 Sir Alex Ferguson telah dianugerahkan Officer of the Order of the British Empire (OBE) atas usaha beliau dalam bolasepak. Beliau menerima Commander of the Order of the British Empire (CBE) pada 1995 dan Knight Bachelor pada 1999. Sebagai penghargaan terhadap pencapaian beliau dalam bolasepak bersama Manchester United beliau dianugerahkan dimasukkan dalam English Football Hall of Fame pada 2002.

     Sebagai pengurus liga yang paling berjaya, Sir Alex menerima anugerah Premier League Manager of the Year sebanyak 10 kali (1993/94, 1995/96, 1996/97, 1998/99, 1999/00, 2002/03, 2006/07, 2007/08, 2008/09 dan 2010/11) dan  Premier League Manager of the Month sebanyak 26 kali.

     Pada 1996 beliau menerima Football Writers’ Association (FWA) Tribute Award atas kejayaannya dengan pasukan United. Seterusnya beliau menerima League Managers Association (LMA) Manager of the Year pada 1998/99, 2007/08 dan LMA Manager of the Decade untuk 1990an. Apabila United memenangi  Champions League 1999, Sir Alex Ferguson telah dianugerahkan UEFA Champions League Manager of the Year buat musim itu.

     Bagi sumbangannya dalam bolasepak, Sir Alex Ferguson menerima pelbagai anugerah pada 1999 termasuk BBC Sports Personality of the Year Coach Award, BBC Sports Personality of the Year Team Award, World Soccer Magazine Coach of the Year, Mussabini Medal, International Federation of Football History & Statistics (IFFHS) Club Coach of the Year and Onze d’Or Coach of the Year. Sir Alex Ferguson juga telah dianugerahkan Laureus World Sports Award for Team of the Year (2000) dan BBC Sports Personality of the Year Lifetime Achievement Award pada 2001.

     Tahun 2007 sekali lagi tahun gemilang buat Sir Alex Ferguson, yang menerima World Soccer Magazine Coach of the Year, the Professional Footballers’ Association Merit Award dan Onze D’Or Coach of the Year. Seterusnya tahun 2008, Sir Alex Ferguson meneraju Manchester United untuk gelaran liga ke-10 dan gelaran Eropah keduanya selepas 1999. Kelab dari Manchester mengalahkan kelab London, Chelsea, pada perlawanan akhir UEFA Champions League yang diadakan di Moscow.

     Penghujung musim 2008/09 United sekali lagi meraih gelaran Liga Perdana untuk tiga musim berturut-turut, dan kali kedua selepas 1998/99-1999/00-2000/01. Empayar bolasepak England ini juga menambah koleksi dengan Piala Liga 2009 dan 2010.

Ferguson bersama kejuaraan liga ke 19
     Pada 2011 pasukan Ferguson sekali lagi menjuarai liga, dengan di luar jangkaan apatah lagi dengan rekod tempat lawan yang tidak begitu baik. Kejuaraan 2011 begitu bermakna buat pengurus dari Scotland itu dan para penyokong, kerana ia sekaligus mengatasi rekod seteru tradisi Liverpool (18 gelaran) yang bertahan selama 20 tahun, dengan 19 gelaran. Sir Alex Ferguson telah mengubah Manchester United menjadi kelab paling berjaya dalam sejarah bolasepak England dan melakar dalam halaman sejarah sebagai pengurus paling berjaya dalam bolasepak era moden.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...