Sunday, November 6, 2011

Top 5 - Perlawanan terpenting dalam tempoh 25 tahun Alex Ferguson di Old Trafford.

     Sempena ulangtahun ke-25 Sir Alex Ferguson bersama Manchester United kita lihat top 5 perlawanan-perlawanan yang dilabel sebagai key games sepanjang beliau menjadi pengurus United.

5. Manchester United vs Crystal Palace 1-0, 17 Mei 1990, Ulangan Akhir Piala FA, Wembley.

Lee Martin menjulang Piala FA 1990
     Ini merupakan perlawanan akhir pertama yang dimainkan di stadium Wembley yang dilengkapi sepenuhnya dengan tempat duduk. Sebulan sebelum perlawanan, UEFA telah mengumumkan bahawa sekatan ke atas kelab-kelab England daripada beraksi di peringkat Eropah akan ditarik balik sekiranya penyokong England berkelakuan baik dalam Piala Dunia 1990 di Itali.

     Selepas seri 3-3 dalam perlawanan akhir yang asal, kedua pasukan terpaksa bertemu sekali lagi dalam ulangan lima hari kemudian. Topik utama media pada perlawanan ulangan ini adalah keputusan Alex Ferguson menggantikan penjaga gol Jim Leighton dengan Les Sealey. Leighton tidak lagi bermain untuk United selepas itu. Sealey menyelamatkan tiga percubaan merbahaya untuk menafikan Palace.


     Crystal Palace yang dikemudi bekas pemain United Steve Coppell memberikan saingan sengit buat United namun perlawanan ini tidak seperti perlawanan pertama - hanya berakhir dengan jaringan 1-0, gol yang di jaringkan pertahanan United Lee Martin. Bryan Robson menjulang trofi kali ketiga selepas 1983 dan 1985. Ini merupakan trofi utama pertama United di bawah Alex Ferguson dan kerap kali didebatkan sebagai trofi yang menyelamatkan Alex Ferguson daripada dipecat.



4. Manchester United vs Barcelona 2-1, 15 Mei 1991, Akhir European Cup Winner's Cup, Feyenoord Stadion, Amsterdam.

Mark Hughes jaring dua gol.
     Selepas sekatan ke atas kelab England ditarik balik selepas Piala Dunia 1990 akibat tragedi Heysel, United berpeluang menamatkan kemarau 23 tahun trofi peringkat Eropah.

     Mark Hughes yang sebelum ini bermain untuk Barcelona menjaringkan kedua-dua gol United. Selepas separuh masa pertama berakhir 0-0, Hughes menjaringkan gol pertama hasil tandukan awal Steve Bruce.

     Beliau kemudian menjaringkan gol kedua dari sudut sukar sebelum gol daripada sepakan percuma Ronald Koeman mengurangkan defisit jaringan.

     Ini merupakan trofi Eropah pertamaAlex Ferguson bersama United dan media Sepanyol melaungkan kemenangan United sebagai "The Red Devils came dressed in white, like angels" but went on to remark at how devilish United were in their beating of Barcelona.




3. Manchester United vs Sheffield Wednesday 2-1, 10 Apr 1993, Liga Perdana, Old Trafford.

Steve Bruce meraikan gol kedua
   Dua belas bulan sebelumnya United terlepas gelaran liga akibat prestasi tidak menentu pertengahan April apabila tewas tiga perlawanan berturut-turut.

     Steve Bruce dalam temubual dengan stesen televisyen tempatan petang Jumaat sebelumnya meluahkan kebimbangan terhadap kurangnya gol dijaringkan pasukannya untuk mencabar kejuaraan liga musim ini. Selepas kemarau jaringan selama enam bulan beliau sendiri tidak percaya bahawa beliau akan menjaringkan gol dalam 11 minit terakhir sekaligus mengakhiri badi gelaran juara United selama 26 tahun.

     Ketinggalan kepada pelawat selepas Paul Ince memberikan sepakan penalti yang dijaringkan John Sheridan pada minit ke-64, United tampak ditakdirkan untuk melepaskan dua mata yang memisahkan mereka dengan pencabar terdekat Aston Villa yang sebelumnya seri tanpa jaringan dengan Coventry.

     Kemudian dalam masa 11 minit perlawanan, perebutan gelaran juara bertukar hasil dua gol tandukan Bruce yang menjadi kapten pada perlawanan itu. United dua mata di depan dan segala ketegangan hilang dan keyakinan kembali bersemi bahawa inilah musim yang gelaran juara bakal menjadi milik United.

     Perlawanan terakhir liga United menewaskan Wimbledon dan memberikan trofi juara liga pertama selepas 26 tahun buat United dan yang pertama buat Alex Ferguson.




2. Manchester United vs Chelsea 4-0, 14 Mei 1994, Akhir Piala FA, Wembley Stadium.

Cantona diraikan bersama rakan pasukan lain
       Dalam separuh masa pertama Chelsea lebih banyak menguasai perlawanan dengan Gavin Peacock memiliki peluang terbaik selepas sepakan separuh volleynya terkena palang gol United dan perlawanan terikat hingga rehat.

     Selepas pemainan bersambung United menjaringkan tiga gol dalam masa sembilan minit; dua sepakan penalti Cantona jaringan Mark Hughes hasil kesilapan pertahanan Frank Sinclair. Brian McClair kemudiannya melengkapkan jaringan hasil umpanan Paul Ince.

     Kejayaan ini merupakan Piala FA kelapan United untuk menyamai rekod Tottenham Hotspur. Sebelum itu United yang ditabalkan juara liga, buat pertama kali dalam sejarah mereka meraikan kejayaan Double dan menjadi pasukan keempat dalam abad ke-20 berbuat demikian.



1. Manchester United vs Bayern Munich 2-1, 26 Mei 1999, Akhir Champions League, Nou Camp Stadium.

Sir Alex bersama pemainnya meraikan kejayaan
     United hadir dalam perlawanan ini selepas merangkul juara liga dan Piala FA, namun mereka memulakan perlawanan dengan ketinggalan hanya selepas enam minit.

     Mario Basler merembat rendah dan melencong daripada sepakan percuma lalu menerjah ke sisi kiri gol dengan Peter Schmeichel tidak dapat melakukan apa-apa. United menguasai baki separuh masa pertama dengan larian tanpa lelah David Beckham pada posisi tengah midfield, namun gagal menguji penjaga gol Bayern Oliver Kahn.

     Separuh masa kedua, kelab Jerman itu kelihatan mahu menggandakan jaringan pendahuluan mereka dengan pemain seperti Stefan Effenberg, Mehmet Scholl dan Carsten Jancker kesemuanya hampir-hampir menjaringkan gol, dengan United merasai kehilangan dua tonggak midfield Roy Keane ada Paul Scholes akibat penggantungan.

     Dengan masa perlawanan menuju 90 minit, United memasukkan Teddy Sheringham dan super-sub Ole Gunnar Solksjaer dan hasilnya nyata jelas. Bayern gagal mengeluarkan bola sepakan sudut Beckham dan Ryan Giggs yang gagal menyepak kemas bola tersebut lalu menuju ke kaki Sheringham yang terus melorongkan bola ke penjuru kanan gol. Kesemua pemain Bayern seakan-akan terpaku dengan gol penyamaan itu.

     Apa yang mengejutkan gol tersebut seolah-olah memberi tenaga baru buat United walaupun sekurang-kurangnya telah memaksa perlawanan ke masa tambahan. Kurang daripada 30 saat berikutnya, Beckham sekali lagi mengambil sepakan sudut yang kemudiannya ditanduk Sheringham untuk disambut Solksjaer yang merembat bola menerjah bahagian atas gol untuk gol kemenangan dramatik dalam sejarah kejohanan.

     Stadium bergegar dengan sorakan para penyokong United dan memberikan United trofi Eropah kedua selepas 1968. Tarikh keramat ini merupakan ulang tahun ke-90 kelahiran Sir Matt Busby, seorang lagi pengurus hebat yang membawa United mengecap kejayaan sebelumnya. Bagi Alex Ferguson ini adalah trofi Eropah pertamanya dan membuat kesimpulan ringkas mengenai perlawanan ini selepas wisel penamat dibunyikan "Football, bloody hell!"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...