Monday, November 7, 2011

Anders Lindegaard puji pertahanan United.

     Pasukan Sir Alex Ferguson mengekalkan rekod tanpa bolos dalam empat perlawanan berturut-turut selepas dibelasah City dalam Manchester derby dua minggu lalu.

     Penjaga gol Anders Lindegaard berjenaka kerana kemenangan United adalah disebabkan kehadirannya digawang menentang Sunderland sebelum memuji aksi cemerlang Rio Ferdinand dan Nemanja Vidic. Ia merupak kali pertama pasangan pertahanan tengah ini beraksi bersama sejak perlawanan pertama musim menentang West Brom.


     “Jelas sekali Vida dan Rio tahu antara satu sama lain dan membantu melengkapi antara mereka," kata beliau. "Mereka berdua sangat hebat hari ini. Ia sangat menyeronokkan menjadi penjaga gol di belakang mereka.

     “Saya fikir kami melakukan tugas bertahan dengan baik. Kami tidak memberikan Sunderland peluang menjaringkan gol. Ini mungkin perlawanan terbaik daripada segi pertahanan musim ini. Namun masih ada ruang untuk diperbaiki.”

     Lindegaard juga bercakap mengenai penghormatan dari kelab yang diberikan kepada Sir Alex Ferguson dan berkata: "Satu daripada tempat duduk terbesar di dunia dinamakan atas nama Sir Alex Ferguson. Saya pastinya teruja sekiranya diberikan satu tempat duduk dinamakan atas nama saya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...