Tuesday, November 8, 2011

Cristiano Ronaldo bakal kembali beraksi di Old Trafford.

Ronaldo bersama Ferdinand
     Cristiano Ronaldo bakal kembali menyarung jersi Manchester United dalam perlawanan testimoni Rio Ferdinand di Old Trafford.

     Menurut laporan The Sun, bekas bintang Leeds United akan meraikan ulangtahun ke-10 bermain untuk Manchester United. United merancang perlawanan istimewa sebagai sebahagian daripada acara dan mengumpul dana bagi meraikan peristiwa penting buat Ferdinand.

     Ronaldo difahamkan adalah salah satu pemain yang mendapat perhatian tinggi dan United amat mengharapkan agar beliau dapat menjadi sebahagian daripada barisan pemain perlawanan itu nanti, namun sudah pasti perlu menunggu kesesuaian jadualnya bersama Real Madrid.

     Walaubagaimanapun tiada perbincangan lanjut dan pengesahan sehingga selepas Euro 2012 dan Sukan Olimpik musim panas depan. Namun laporan terkini menunjukan pengurusan United bekerja keras untuk membawanya kembali ke Old Trafford, kali pertama selepas berhijrah ke gergasi La Liga pada 2009.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...