Wednesday, November 9, 2011

Terkini - United capai persetujuan menandatangani Andreas Hoelhebaum Pereira dari PSV.

Andreas Pereira (jersi hitam) ketika beraksi bersama PSV
     Sir Alex Ferguson sekali lagi membuat kejutan dalam perpindahan pemain dengan mencapai persetujuan untuk menandatangani pemain berusia 15 tahun dari PSV Eindhoven Andreas Hoelhebaum Pereira.
    
     Pertahanan Belgium kelahiran Brazil itu adalah sasaran Arsenal, Liverpool dan Chelsea namun menyatakan beliau memilih Old Trafford selepas campur tangan peribadi oleh Alex Ferguson sendiri.

     Pereira akan menandatangani kontrak rasmi dengan United pada hari lahir beliau yang ke-16 - hari tahun baru (1 Januari) - dan menulis dalam tweeternya semalam: "Thank you God for this beautiful opportunity."

     Beliau menambah: "PSV tahu saya telah mengadakan perbincangan dengan beberapa kelab dan mereka menghormati pilihan saya. Saya ada sedikit keraguan tetapi Manchester United adalah pasukan pilihan saya untuk bermain.

     "Saya telah beberapa kali ke Manchester United untuk membuat tinjauan. Saya dapat mengikuti rombongan dan malahan bercakap dengan Alex Ferguson. Dengan usia 15 tahun dan dapat bercakap dengan beliau adalah pengalaman hebat."

     Pereira menyifatkan dirinya sebagai "real 10" - rujukan kepada posisi beliau bukannya penilaian cakap besar sebagai pemain berbakat dan menambah: "Saya pemain midfield serangan. Membantu rakan sepasukan, menjaringkan gol dan sepakan cantik adalah kualiti saya."

     Beliau menyertai Ji-Sung Park, Jaap Stam dan Ruud van Nistelrooy daripada kelab Belanda itu yang menyertai pasukan Alex Ferguson di Old Trafford.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...