Thursday, November 10, 2011

Danny Welbeck - Cleverley boleh menjadi pemain kelas dunia.

     Danny Welbeck percaya rakan sepasukannya di United, Tom Cleverley boleh menjadi pemain berbakat taraf dunia.

     Kedua rakan sepasukan ini adalah sahabat di atas dan juga di luar padang, dan saling berganding untuk memberikan impak yang baik musim ini dengan hantaran tepat pemain midfield itu membolehkan Welbeck menanduk masuk gol pendahuluan semasa menentang Spurs Ogos lalu.

     Kehilangan Cleverley di bahagian midfield sebanyak dua kali setakat ini akibat kecederaan amat dirasai, namun penyerang nombor 19 United ini merasakan Cleverley akan meneruskan kemajuan untuk kembali beraksi.

     "Saya fikir beliau mampu menjadi pemain bertaraf dunia," ujar Welbeck dalam temubual eksklusif dengan majalah United Review. "Bolasepak adalah permainan mudah, ia susah bagaimana anda lakukan untuk diri sendiri. Tom menjadikan ianya (bolasepak) mudah dan ia sukar sekiranya anda berada di tengah midfield tetapi Tom berjaya melakukannya. Beliau mendapat bola, membuat hantaran, bergerak mencari ruang dan beliau sentiasa berada di posisi di mana beliau menjadi pilihan tambahan setiap kali anda mendapat bola.

     "Sangat hebat untuk bermain dengannya. Saya menikmati setiap saat permainan dengan beliau kerana beliau memiliki kesedaran, visi dan keupayaan untuk membuat hantaran akhir dan semakin melihatkan peningkatan. Anda boleh lihat setiap hari semasa latihan. Beliau memang pemain hebat."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...