Friday, November 11, 2011

Tomasz Kuszczak keluar kenyataan rasmi.

     Penjaga gol United Tomasz Kuszczak telah mengeluarkan kenyataan berikut kepada laman web rasmi kelab ManUtd.com selepas cerita kenyataan beliau awal minggu ini.

     "Dalam membalas laporan terbaru media Inggeris, saya ingin memberitahu perkara sebenar dengan menjelaskan bahawa saya tidak menggunakan perkataan slave (hamba) dalam temubual baru-baru ini dengan akhbar Poland SuperExpress, mengenai situasi terkini saya di Manchester United Football Club.


     "Tiada satu pun ketika semasa temubual tersebut saya menggunakan perkataan ‘slave’, atau menyamakan kelab memberi layanan seperti hamba. Sesungguhnya apa yang telah saya katakan samada disalah tafsir atau salah lapor.

     "Ia penting untuk menjelaskan kesilapan maklumat seperti ini kerana saya menghormati kelab dan tidak sewenang-wenangnya menggambarkan hubungan dengan kelab dengan cara ini kerana ini bukan isu sebenar."

*sumber - Manutd.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...