Friday, November 11, 2011

Laporan - 660 juta penyokong Manchester United seluruh dunia.

     Laporan terbaru ke atas pengaruh Manchester United mendapati bahawa kelab bolasepak terkemuka dunia ini mempunyai anggaran 660 juta seluruh dunia, peningkatan 100% daripada kajian yang dilakukan sebelumnya oleh Taylor Nelson Sofres (TNS). Kajian pasaran juga mendapati United adalah jenama keenam terbesar dunia.

     Majoriti kejayaan Manchester United samada di atas atau di luar padang boleh dikaitkan dengan seorang individu sepanjang 25 tahun lalu - Sir Alex Ferguson. Pengurus yang merangkul 37 trofi utama dalam masa suku abad bersama United, telah membawa berjuta-juta peminat seluruh dunia, dengan angka terakhir 333 juta pada penghujung tahun 2007 oleh TNS Market Research. Pada penghujung 2011, angka tersebut meningkat dengan anggaran lebih 660 juta peminat United seluruh dunia.
    
     Tiada pasukan lain yang dapat menghampiri angka sebelumnya apatah lagi angka terbaru. Walaupun banyak kritikan diberikan kepada keluarga Glazers, kumpulan pemasaran mereka di London telah menjalankan peranan dengan cemerlang untuk menaikan imej United. Dianggarkan lebih 100 juta daripada keseluruhan peminat adalah dari Asia. Keluarga Glazers juga dijangka akan mengapungkan 25% saham mereka di bursa Singapura.

Kedai Manchester United di Venetian Resort Hotel, Macao.
     Eropah sentiasa menjadi pusat peminat United sejak era Sir Matt Busby, sementara benua Amerika mempunyai kumpulan peminat yang semakin meningkat melebihi 10 juta di Utara Amerika sahaja berikutan perlawanan persahabatan pra-musim baru-baru ini. Benua Afrika juga tidak kurang hebatnya dengan kempen pengiklanan dan pemasaran besar-besaran telah dan sedang berlangsung. Asia adalah benua yang paling pantas daripada segi peningkatan jumlah peminat sementara bolasepak di Oceania semakin meningkat popular dengan pengenalan lebih banyak perlawanan disiarkan.

     United juga dikategorikan jenama keenam terbaik dunia. United lebih terkenal dan penting berbanding syarikat gergasi dunia lain seperti Coca Cola, Microsoft dan Nike, dengan lima tempat teratas termasuk Google, Apple, British Broadcasting Company (BBC), Dyson dan Facebook. United telah menerima manfaat daripada jenama terbesar dunia ini dengan keuntungan operasi berjumlah £110 juta untuk tahun kewangan lalu.

     United juga memiliki rakan penaja yang ramai - dengan 20 penaja rasmi - namun penghargaan khas harus diberikan kepada AON dan DHL, yang membawa masuk £120 juta selama lima tahun. Tiada satu pun akan dibelanjakan untuk pemain baru sekiranya United mengikut polisi keluarga Glazers, tetapi di bawah pengawasan Sir Alex masa depan United sangat cemerlang di atas mahupun di luar padang. Khabar angin bahawa kemungkinan United akan mempunyai pemilik baru telah lama dimainkan oleh media.

     Manchester United sahaja dianggarkan bernilai £2.4 billion mengikut perancangan jualan £610 juta nilai saham di Asia, yang dijangka melepasi jangkaan awal kejayaannya. Lebih awal keluarga Glazers meninggalkan Old Trafford, lebih banyak wang boleh dibelanjakan untuk pasukan. Stadium, dengan kapasiti lebih 75,000, adalah penyumbang terbesar bebanding saingan lain sementara kompleks latihan di  Carrington tertakluk kepada pelaburan £25 juta.

Kedai Manchester United di Lot 10 Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...