Monday, November 14, 2011

Paul Scholes bersedia untuk jawatan pengurusan di United.

     Paul Scholes bersedia untuk menduduki jawatan pengurusan di Manchester United  – dengan ‘bosnya’ Warren Joyce kembali ke Hull City. Pengurus pasukan simpanan Joyce, 46, akan dibenarkan kembali ke Humberside, di mana beliau menjadi pengurus daripada 1998-2000.

     Ini bermakna, pembantunya iaitu Scholes dikatakan akan mengambil alih tempatnya di United. Hull boleh mendapatkan khidmat Joyce tanpa perlu membayar apa-apa pampasan dengan Sir Alex Ferguson mahu menggunakan kesempatan ini untuk menaikan jawatan Scholes sekarang.


     Joyce bertanggungjawab ke atas pasukan simpanan United sementara Scholes akan mendengar dan belajar daripada Joyce. Sekarang lagenda Old Trafford boleh mengambil alih tugas tersebut dan melihat sejauh mana beliau mampu memikul tanggungjawab tersebut. Ole Gunnar Solskjaer juga memikul tanggungjawab yang sama sebelum menyertai kelab asalnya Molde di Norway.

     Hull sebelum ini telah mempertimbangkan pengurus MK Dons Karl Robinson, tetapi dilaporkan lebih cenderung kepada Joyce – dengan Nick Barmby, 37, mungkin menjadi salah seorang daripada stafnya di  KC Stadium. Barmby yang semakin menghampiri penghujung kariernya mungkin akan melihat ini sebagai peluang untuk kekal bersama kelab bandar kelahirannya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...