Thursday, November 3, 2011

Rooney - Saya boleh bermain di mana-mana posisi.

     Wayne Rooney yakin beliau memiliki bakat dan kemampuan yang diperlukan untuk bermain di mana-mana posisi selepas mempamerkan aksi memberansangkan ketika kemenangan 2-0 United ke atas Otelul Galati dalam Champions League.

     Rooney merasakan beliau berkemampuan untuk berjaya dalam peranan barunya dan mengulas: "Saya telah katakan sebelum ini, saya pemain yang berkebolehan untuk bermain di mana sahaja posisi. Bukan mahu bercakap besar. Saya rasa saya mampu lakukannya. Jika pengurus mahu saya bermain di posisi itu, saya tiada masalah.

     "Saya telah banyak kali bermain di posisi (midfield) sewaktu saya muda. Anda akan dapat bola lebih kerap dan kami perlu juga bertahan sebagaimana malam ini."

     United terpaksa bekerja keras untuk mengatasi pasukan Galati yang bermain dengan penuh disiplin dan pertahanan yang kemas. Kualiti serangan United nyata faktor penentu apabila cubaan Rooney daripada luar kotak penalti terkena pertahanan lawan lalu menerjah gawang - ditambah dengan jaringan seawal minit ke lapan Antonio Valencia - memberikan tiga mata.

     "Kami berjaya melaksanakan tugas kami," tambah Rooney. "Kami tahu kami perlu menang perlawanan ini dan kami juga tahu tiada perlawanan mudah dalam Champions League. Mereka memberi tekanan kepada kami dan ia sedikit mengejutkan. Kami berada lega dengan kemenangan 2-0 dan sekiranya kami menang perlawanan seterusnya kami menjadi juara kumpulan."

     Rooney cuba mendapatkan kredit untuk gol kedua namun UEFA telah membuat keputusan untuk menganugerahkan gol sendiri kepada pertahanan Galati Cristian Sirghi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...