Wednesday, November 2, 2011

Blast from the Past - Pemenang-pemenang FIFA Ballon d'Or.

Ronaldo bersama Denis Law (kiri) dan Bobby Charlton
      Ballon d'Or, atau terjemahan mudahnya the golden ball (bola emas) dan selalunya dirujuk sebagai anugerah European Footballer of the Year, adalah acara tahunan persatuan anugerah bolasepak.

     Anugerah ini telah diilhamkan oleh ketua pengarang majalah France Football Gabriel Hanot, yang meminta rakan sekerjanya melakukan undian pemain terbaik Eropah pada tahun 1956. Pemenang pertama anugerah adalah Stanley Matthews dari Blackpool.


     Pada asalnya, wartawan hanya boleh mengundi pemain berasal dari Eropah dan bermain untuk kelab Eropah, ini bermakna pemain seperti Diego Maradona dan Pelé tidak layak untuk anugerah ini. Walaubagaimanapun pada 1995, perubahan dilakukan untuk membenarkan pemain bukan dari Eropah yang bermain dengan kelab di Eropah disenaraikan sebagai calon.

     Pemain bukan Eropah pertama memenangi anugerah ini adalah George Weah, pemain Liberia yang bermain dengan AC Milan. Jumlah wartawan yang dibenarkan membuat undian juga meningkat; 96 wartawan seluruh dunia untuk memilih lima pemain terbaik.

     Tiga pemain telah memenangi anugerah ini sebanyak tiga kali iaitu Johan Cruyff, Michel Platini dan Marco van Basten. Platini adalah pemain tunggal setakat ini memenanginya tiga kali berturut-turut dari 1983 hingga 1985. Dengan tujuh anugerah masing-masing, pemain Belanda dan Jerman paling banyak memenangi anugerah ini. Kelab Itali Juventus dan AC Milan mempunyai pemenang terbanyak masing-masing; enam pemain merangkul lapan anugerah ini ketika bermain untuk kedua kelab.
    
    Pada 2010, Ballon d'Or dan FIFA World Player of the Year digabungkan dan pemain terbaik dunia sejak itu dianugerahkan FIFA Ballon d'Or.

Pemenang-pemenang lalu:

TahunNama pemainKelabNegara
1956Stanley MatthewsBlackpoolEngland
1957Alfredo Di StefanoReal MadridSepanyol
1958Raymond KopaReal MadridPerancis
1959Alfredo Di StefanoReal MadridSepanyol
1960Luis SuarezBarcelonaSepanyol
1961Omar SivoriJuventusItali
1962Josef MasopustDukla PragueCzechoslavakia
1963Lev YashinDynamo MoscowRusia
1964Denis LawManchester UnitedScotland
1965EusebioBenficaPortugal
1966Bobby CharltonManchester UnitedEngland
1967Florian AlbertFerencvarosHungary
1968George BestManchester UnitedIreland Utara
1969Gianni RiveraAC MilanItali
1970Gerd MullerBayern MunichJerman Barat
1971Johan CruyffAjaxBelanda
1972Franz BeckenbauerBayern MunichJerman Barat
1973Johan CruyffBarcelonaBelanda
1974Johan CruyffBarcelonaBelanda
1975Oleg BlokhinDynamo KyivSoviet Union
1976Franz BeckenbauerBayern MunichJerman Barat
1977Allan SimonsenBorussia MonchengladbachDenmark
1978Kevin KeeganHamburgEngland
1979Kevin KeeganHamburgEngland
1980Karl-Heinz RummeniggeBayern MunichJerman Barat
1981Karl-Heinz RummeniggeBayern MunichJerman Barat
1982Paolo RossiJuventusItali
1983Michel PlatiniJuventusPerancis
1984Michel PlatiniJuventusPerancis
1985Michel PlatiniJuventusPerancis
1986Igor BelanovDynamo KyivSoviet Union
1987Ruud GullitAC MilanBelanda
1988Marco van BastenAC MilanBelanda
1989Marco van BastenAC MilanBelanda
1990Lothar MatthausInter MilanJerman
1991Jean-Pierre PapinMarseillePerancis
1992Marco van BastenAC MilanBelanda
1993Roberto BaggioJuventusItali
1994Hristo StoichkovBarcelonaBulgaria
1995George WeahAC MilanLiberia
1996Matthias SammerBorussia DortmundJerman
1997RonaldoInter MilanBrazil
1998Zinedine ZidaneJuventusPerancis
1999RivaldoBarcelonaBrazil
2000Luis FigoReal MadridPortugal
2001Michael OwenLiverpoolEngland
2002RonaldoReal MadridBrazil
2003Pavel NedvedJuventusRepublik Czech
2004Andriy ShevchenkoAC MilanUkraine
2005RonaldinhoBarcelonaBrazil
2006Fabio CannavaroReal MadridItali
2007KakaAC MilanBrazil
2008Cristiano RonaldoManchester UnitedPortugal
2009Lionel MessiBarcelonaArgentina
2010Lionel MessiBarcelonaArgentina

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...