Wednesday, November 2, 2011

Wayne Rooney dan Nani tersenarai dalam Anugerah Ballon d’Or.


     Dua pemain Manchester United Wayne Rooney dan Nani keduanya tersenarai dalam 23 pemain untuk anugerah Ballon d’Or tahun ini, yang mana diberikan kepada World Footballer of the Year.

     Lionel Messi dari Barcelona bakal mempertahankan dua anugerah sama yang dimenanginya sebelum ini dan disebut-sebut sekali lagi menjadi pilihan untuk menang bagi tahun 2011, sebagai pemain paling dominan dan bermain dalam pasukan yang paling dominan.

     Dengan persaingan sengit untuk anugerah ini Rooney dan Nani dilihat sukar untuk tersenarai dalam tiga calon teratas, dalam usaha mereka mengikuti langkah empat bekas pemain United lain yang telah menerima anugerah ini - Denis Law (1964), Sir Bobby Charlton (1966), George Best (1968) dan Cristiano Ronaldo (2008).

     Tanpa sebarang keraguan, Barcelona mempunyai ramai pemain mereka yang tersenarai dengan tujuh pemain dan diikuti Real Madrid dengan lima pemain. Walaupun anugerah ini merujuk kepada permain terbaik dunia namun hanya seorang pemain iaitu Neymar dari Santos tersenarai sebagai pemain tunggal yang bermain di luar Eropah.

Senarai lengkap :

Eric Abidal (Barcelona), Sergio Aguero (Atlético Madrid / Manchester City), Karim Benzema (Real Madrid), Iker Casillas (Real Madrid), Cristiano Ronaldo(Real Madrid), Dani Alves (Barcelona), Samuel Eto'o (Inter Milan / Anzhi Makhachkala), Cesc Fabregas (Arsenal / Barcelona), Diego Forlan (Atlético Madrid / Inter Milan), Andres Iniesta (Barcelona), Lionel Messi (Barcelona), Thomas Muller (Bayern Munich), Nani (Manchester United), Neymar (Santos), Mesut Ozil (Real Madrid), Gerard Pique (Barcelona), Wayne Rooney (Manchester United), Bastian Schweinsteiger (Bayern Munich), Wesley Sneijder (Inter Milan), Luis Suarez (Ajax / Liverpool), David Villa (Barcelona), Xabi Alonso (Real Madrid), Xavi (Barcelona).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...