Wednesday, November 2, 2011

Alex Ferguson - Rio Ferdinand perlu perbaiki permainan dengan segera.

     Sir Alex Ferguson telah memberi amaran kepada Rio Ferdinand bahawa beliau perlu mengubah permainannya selepas seolah-olah kehilangan rentak.

     Ferdinand kembali dalam pasukan utama Manchester United dalam perlawanan Champions League malam ini, tetapi masih bergelut dengan masalah kecederaan dan turun naik prestasi musim ini, sekaligus bukan lagi pilihan automatik dalam kesebelasan utama.




     Beliau juga diketepikan daripada pasukan England dan Ferguson mengakui pertahanan tengah itu - dibeli  £30 juta dari Leeds pada 2002 -  kehilangan rentak atau electric yard. "Rio hampir 33 dan jelas kehilangan rentak yang dimilikinya lima tahun lalu," kata Ferguson.

     "Namun itu tidak bermakna beliau tidak dapat menyesuaikan permainan dengan cara berbeza. Sebelum ini beliau banyak bergantung kepada keupayaan rentak yang dimiliki, tetapi sekarang beliau tidak boleh menggunakan cara yang sama.

     "Kita semua menghadapi detik penentu dalam karier apabila anda perlu sedar anda perlu ubah cara permainan.

     "Saya sendiri telah berbuat demikian sebagai pemain apabila saya kehilangan ketajaman dan menyesuaikan permainan dengan cara berbeza - dan Rio akan melakukan perkara sama.

     "Beliau perlu menyusun semula permainan tetapi beliau masih antara pemain yang terbaik dalam negara ini daripada segi penggunaan bola.

     "Saya tidak rasa ia satu masalah besar baginya. Beliau telah bersama kami sembilan tahun sekarang dan sentiasa merupakan pemain yang konsisten.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...