Tuesday, November 1, 2011

Sejarah Ole Gunnar Solskjaer 'the baby-faced assassin' - Siri 2 (akhir).

     Selepas beberapa tahun sebagai super sub, Solskjær akhirnya mendapat peluang dalam kesebelasan utama pada musim 2001/02, bergandingan dengan penyerang Belanda Ruud van Nistelrooy. Beliau menggunakan peluang dengan sebaik mungkin dan memaksa Andy Cole dan Dwight Yorke memanaskan bangku simpanan.

      Musim 2002/03, selepas kedua Andy Cole dan Dwight Yorke meninggalkan Old Trafford, Solskjær hanya berdepan Diego Forlán dan Van Nistelrooy bagi merebut saingan posisi serangan kesebelasan utama. Namun Ferguson lebih mengutamakan gandingan Van Nistelrooy bersama Paul Scholes, atau sebagai penyerang tunggal, ini bermakna peluang beliau adalah terhad.


Solskjær (kanan) meraikan juara liga 2002/03
     Solskjær walaubagaimanapun sekali lagi diberi peluang apabila David Beckham mengalami kecederaan dan meletakkan pemain Norway ini di sayap kanan. Selain membuktikan beliau boleh membuat hantaran, Solskjær juga menjaringkan gol, dengan keseluruhan 16 gol musim itu.

     Beliau terpilih untuk bermain di sebelah kanan dalam perlawanan penting seperti perlawanan liga menentang Arsenal dan perlawanan suku akhir Champions League menentang Real Madrid, sementara Beckham sebagai pemain simpanan. Beliau membantu United merangkul gelaran juara liga musim ini.

Solskjær (kiri) meraikan Piala FA 2004
     Pada permulaan musim 2003/04, Solskjær mendapati dirinya pilihan utama untuk posisi sayap kanan. Namun kecederaan lutut ketika perlawanan menentang Panathinaikos pada 16 Sep 2003 mengenepikan Solskjær daripada beraksi hingga Feb 2004. Solskjær kembali pada penghujung musim tersebut. Beliau juga bermain dalam perlawanan akhir Piala FA 2004 yang dimenangi United. 

     Solskjær kemudiannya terpaksa menjalani pembedahan intensif keatas lutunya pada Ogos 2004 dan terlepas keseluruhan musim 2004/05. Solskjær membuat penampilan pertama selepas berehat panjang pada 5 Dis 2005, bermain untuk pasukan simpanan United menentang Liverpool. Beliau kembali dalam pasukan utama sebagai pemain simpanan dalam perlawanan menentang Birmingham City pada 28 Disember. 

     Proses untuk kembali cergas sepenuhnya menunjukkan kemajuan secara perlahan-lahan hinggalah pada  8 Mac 2006 ketika perlawanan dengan Middlesbrough, beliau secara tidak sengaja berlanggar dengan Ugo Ehiogu dan patah tulang pipinya. Walaupun kembali sebelum musim berakhir namun beliau tidak dapat membantu United dalam saingan liga yang buat dua musim berturut-turut jatuh ke tangan Chelsea.

     Beliau kembali beraksi dalam liga pada 23 Ogos 2006 apabila beliau menjaringkan gol di Charlton Athletic, gol liga pertama sejak April 2003. Ferguson berkata selepas perlawanan "Ia adalah detik bermakna buat Ole, penyokong United di mana saja, pemain dan staff" dan "Ole telah melalui tempoh yang sukar dengan masalah kecederaan dalam dua tahun lepas, namun beliau tabah dan tidak pernah hilang keyakinan dan mendapat ganjarannya malam ini."

Meraikan gol ke atas Celtic
     Tidak lama selepas itu beliau menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan Champions League menentang Celtic pada 13 September, dan gol liga di Old Trafford hadir apabila menjaringkan kedua-dua gol ketika mengalahkan Newcastle United 2-0. 

     Selepas mendapat kecederaan Copenhagen, Solskjær sekali lagi kembali dengan menjaringkan gol ketiga pada 26 Dis 2006 dan meneruskan aksi cemerlang dengan gol pertama kemenangan 3-1 ke atas Reading empat hari berikutnya. Beliau juga menjaringkan gol kemenangan pada perlawanan pusingan ketiga Piala FA menewaskan Aston Villa 2-1 seminggu kemudian.

Meraikan gol terakhir di OT
     Solskjær sekali lagi menjalani pembedahan lutut namun tidak serius sebagaimana sebelumnya dan hanya terlepas beraksi selama sebulan. Beliau dijangka kembali beraksi untuk perlawanan dengan Blackburn Rovers. Solskjær kembali beraksi menentang Blackburn Rovers sebagai gantian dan turut menjaringkan gol pada minit ke-89 untuk mengesahkan kemenangan 4–1 United. Perlawanan terakhir beliau adalah ketika akhir Piala FA menentang Chelsea namun United kecundang hasil jaringan lewat Didier Drogba.

     Pada 5 Jun 2007, diumumkan Solskjær telah menjalani pembedahan kecil selepas mengadu tidak selesa di bahagian lutut ketika sesi latihan bersama Norway. Pembedahan berjaya dilakukan namun Solskjær gagal untuk kembali pulih sepenuhnya dan mengumumkan persaraan daripada bolasepak profesional pada 27 Ogos 2007. Beliau masih memegang rekod pemain gantian yang menjaringkan gol terbanyak untuk Manchester United dengan 28 gol.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...