Tuesday, April 3, 2012

Ashley Young - Kemenangan ke atas Blackburn sangat 'besar'.


Young meraikan gol kedua United.
     Ashley Young menyatakan kegembiraan beliau ketika kemenangan Manchester United ke atas Blackburn Rovers dan menyaksikan United menjarakkan lima mata di puncak liga.

     Pemain antarabangsa England itu menyifatkan betapa penting kemenangan tersebut selepas masuk sebagai gantian dan menjaringkan gol kedua perlawanan.

     Perlawanan terikat dan hampir seimbang (walaupun penguasaan lebih kepada pasukan pelawat) selama 80 minit sehingga Antonio Valencia membuka jaringan, dan lima minit kemudian Young - masuk sebagai gantian - memastikan kemenangan.

     Young memberitahu Sky Sports: "Saya fikir ini perlawanan besar dan penting buat kami. Kami tahu jika kami menang kami akan berada lima mata di teraju liga. Ia keputusan hebat dengan aksi menakjubkan.

     "Ia saat penting menuju hujung musim, semua orang tahu. Ia permainan berpasukan. Pengurus membuat beberapa perubahan tapi setiap pemain dalam pasukan perlu melaksanakan tugas masing-masing dan kami berjaya lakukannya.

     "Saya rasa kesabaran adalah penting. Jika anda ambil kira berapa kali hantaran Antonio (Valencia), kami sentiasa mencipta peluang dan apabila gol pertama hadir ia perasaan yang hebat.."

     Kemenangan tersebut membolehkan United selangkah di depan dalam usaha mempertahankan kejuaraan liga dan berupaya menjarakkan kepada lapan mata sekiranya mereka mengalahkan Queens Park Rangers Ahad ini di Old Trafford, dengan Manchester City berkunjung ke Arsenal beberapa jam kemudian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...