Friday, April 20, 2012

David Gill - Manchester United bersedia untuk musim perpindahan yang 'menarik'.

Deal or no deal? - Gill dan Ferguson.
     Ketua Eksekutif Manchester United David Gill mendedahkan beberapa pembelian pemain mungkin berlaku musim panas ini dan dalam masa yang sama menyatakan keseronokkan 'ketegangan' perebutan gelaran liga yang menuju kemuncak.

     Bercakap kepada laman web rasmi Manutd.com, Gill yang sudah bersama United sejak 1997, menjelaskan bahawa urusan bagi sebarang potensi perpindahan sudah dimulakan dengan musim semakin menuju penghujungnya.

    "Kami sedang meneliti segalanya. Semua urusan berjalan sepanjang tahun namun ia jelas memuncak ketika menuju penghujung musim dari segi pemain.

     "Terdapat pelbagai kontrak perlu disediakan, kami juga melihat beberapa pembelian dan sudah pasti terdapat beberapa pemain yang akan pergi (meninggalkan United). Ia pastinya menarik."

     Dengan United meneraju Liga Perdana dengan lima mata di depan seteru setempat Manchester City, pasukan Sir Alex Ferguson memiliki kelebihan untuk merangkul kejuaraan liga ke 20.

     Apabila ditanya samada beliau mahukan posisi United ketika ini pada permulaan musim, beliau menjawab: "Saya fikir kami semua mahu.

     "Ia merupakan prestasi menakjubkan dan ia semakin tegang menuju penghujung. Jika kami berjaya (muncul juara) ia pastinya sangat hebat.

     "Ketika ini mungkin detik yang tidak baik (banyak ketegangan). Anda terasa tekanannya namun kami menghadapinya dengan baik dan memiliki kelebihan - lima mata di depan dengan empat perlawanan berbaki. Ia pastinya sengit namun sangat hebat."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...