Friday, April 20, 2012

Gosip - Manchester United mahu dapatkan Oscar de Marcos.

De Marcos ketika menentang United.
     Manchester United telah menjadikan pemain midfield Athletic Bilbao Oscar de Marcos sebagai sasaran utama perpindahan musim panas ini, demikian menurut laporan The Daily Mirror.

     Pemain 22 tahun yang bernilai anggaran £26 juta itu bermain dalam kesebelasan utama pasukan the Basque yang menyingkirkan United pada kejohanan Europa League dan dilaporkan aksi beliau beberapa kali ditinjau oleh pegawai bakat Sir Alex Ferguson.    

     Sir Alex Ferguson telah menghantar pegawai tertingginya untuk melihat aksi De Marcos pada perlawanan separuh akhir Bilbao menentang Sporting Lisbon.

     De Marcos menjaringkan gol pada dua pertemuan dengan United dan Ferguson difahamkan sedang mengumpul maklumat selengkapnya sebelum mengadakan sebarang rundingan perpindahan.

     United dikatakan tidak merancang untuk membuat rombakan besar kepada pasukan sedia ada penghujung musim ini namun dilihat akan memperkukuhkan bahagian midfield selepas melihat impak pemain veteran Paul Scholes yang kembali daripada persaraan awal.

     Dalam perkembangan sama pemain muda midfield Davide Petrucci yang juga kapten pasukan simpanan, telah ditawarkan kontrak baru tiga tahun. Petrucci, telah dikaitkan dengan perpindahan dengan desas desus dari Portugal mengatakan beliau akan terlibat dengan kemungkinan perjanjian melibatkan bintang Benfica Nicolas Gaitan.

     Pemain kelahiran Itali itu dijangka mempersetujui perjanjian baru dan akan menghabiskan musim depan melalui pinjaman ke pasukan lain di mana beliau dilihat akan menembusi kesebelasan utama United.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...