Thursday, April 19, 2012

David de Gea - Sokongan para penyokong membantu prestasi saya.

     David De Gea mengakui para penyokong United memainkan peranan penting dalam membantu menjadikan musim pertama beliau di United lebih mudah dan berjaya.

     Walaupun menghadapi kesukaran pada permulaan selepas perpindahan musim panas dari Atletico Madrid, penjaga gol Sepanyol itu telah menjadi salah seorang pemain penting setakat ini, terutama dalam tahun 2012.

     Dengan enam perlawanan tanpa bolos dalam tujuh perlawanan telah membantu United menerajui liga dan De Gea berkata beliau sangat berterima kasih atas sokongan daripada penyokong-penyokong United.

     "Ia sangat positif apabila mengetahui para penyokong di belakang anda. Ia sesuatu yang saya dapat rasakan apabila di atas padang," de Gea memberitahu ManUtd.com.

     "Ia sentiasa membantu anda berasa lebih relaks dan sebagai sumber motivasi apabila anda tahu penyokong sentiasa di belakang dan mengharapkan anda."

     Satu daripada sumbangan penting de Gea dalam persaingan gelaran liga adalah menyelamatkan sepakan percuma minit-minit akhir pemain Chelsea Juan Mata di Stamford Bridge selepas United bangkit daripada ketinggalan 3-0 untuk mengikat kedudukan bagi memungut satu mata penting.


     "Apabila anda lihat balik keseluruhan musim, terdapat banyak detik-detik dan gol-gol penting. Namun dari pandangan sebagai pasukan dan individu, hakikat bahawa saya menyelamatkan (sepakan percuma) pada penghujung perlawanan adalah detik penentu.," tambah beliau.

     "Mungkin ia memberikan keyakinan kepada saya. Daripada perspektif individu ia sangat penting."

*sumber - Manutd.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...