Thursday, April 19, 2012

Manchester United kekalkan status kelab bolasepak terkaya dunia.

     
     Manchester United berjaya mengekalkan status sebagai kelab bolasepak terkaya di dunia, dengan nilai melonjak dianggarkan 20 peratus mengikut majalah Forbes.

     United dilaporkan sekarang bernilai $2.24 billion selepas merekodkan keuntungan berikutan pencapaian hingga layak beraksi dalam perlawanan akhir Champions League.

     Real Madrid di tempat kedua dengan pulangan $1.88 billion, kenaikan 29 peratus, sementara juara bertahan Eropah dan juara Sepanyol Barcelona berdudukan ketiga dengan $1.31billion, kenaikan 34 peratus.

     Laporan dalam Forbes.com menyatakan: "Manchester United memiliki kelompok penyokong seramai 330 juta seluruh dunia yang mana membantu menjadikan mereka pasukan paling berharga dalam mana-mana sukan, lebih $385 juta daripada pasukan Major League Baseball New York Yankees dan Dallas Cowboys dari National Football League.

     "Semasa musim 2010/11 Manchester United mengaut $192m menerusi penyiaran perlawanan, 22 peratus lebih tinggi daripada musim sebelumnya.

     "Kejayaan kelab layak ke perlawanan akhir Champions League, di mana mereka tewas kepada Barcelona, memberikan $80 juta bayaran daripada UEFA. Ia pastinya cabaran buat United untuk meningkatkan pulangan musim ini apabila mereka disingkirkan Basel dalam peringkat kumpulan Champions League."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...