Wednesday, April 18, 2012

Rafael da Silva akui gandingan mantap dengan Antonio Valencia.

     Pemain pertahanan Rafael percaya persahabatan luar padang dengan Antonio Valencia membantu kedua pemain menyinar sebagai gandingan di sayap kanan Manchester United.

     Pasangan pemain berasal selatan Amerika itu beraksi cemerlang kebelakangan ini dan membentuk persefahaman yang mungkin mengatasi gandingan Gary Neville dan David Beckham. Valencia juga seringkali memikul tanggungjawab pertahanan bagi memberi peluang kepada Rafael melakukan serangan.

     "Secara jujur, saya fikir semua orang nampak bahawa Antonio adalah salah seorang kawan rapat saya di kelab," Rafael memberitahu MUTV. "Bukan mengenepikan sesiapa namun kami telah mencipta persefahaman yang bagus di atas padang.

     "Saya dapat rasakan apa yang beliau mahu lakukan dan saling melakukan sebaliknya antara satu sama lain, dan ini mungkin sebab kami dapat berganding baik ketika di padang.

     "Saya fikir sukar untuk menterjemahkan kualiti Antonio di atas padang. Beliau pantas dan langsung. Beliau mahukan bola setiap masa. Jika saya naik ke atas (serangan), beliau akan ambil tempat saya untuk bertahan dan begitulah sebaliknya. Mudah untuk bermain dengan beliau, dan jika saya lihat beliau di atas padang saya agak relaks kerana persefahaman yang terbentuk antara kami."


     Rafael terlepas aksi ketika United tewas kepada Wigan namun kembali menentang Aston Villa dan mula menjadikan posisi bek kanan sebagai tempat beliau. Sir Alex Ferguson juga memuji aksi matang yang beliau pamerkan.

     "Saya fikir sebab (prestasi yang meningkat) adalah mungkin saya makin meningkat usia dan matang. Saya lihat perkara dalam perspektif berbeza. Sasaran utama saya ialah membantu pasukan, terutama musim ini, untuk mempertahankan gelaran liga. Jadi mungkin faktor kematangan sedikit membantu."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...