Tuesday, April 24, 2012

Nani yakin Manchester United mampu pertahankan gelaran juara Liga Perdana.


Nani menjaringkan gol ketiga United.

     Nani sentiasa yakin bahawa Manchester United mampu menjuarai gelaran Liga Perdana walaupun menerima tamparan hebat selepas hanya mampu seri 4-4 menentang Everton di Old Trafford Ahad lalu.
    
     Pemain sayap itu merasakan pasukannya perlu bermain dengan lebih baik apabila berdepan dengan saingan gelaran Manchester City Isnin depan yang juga dilabel sebagai perlawanan penentu kejuaraan.

     "Ia perlawanan terbesar (di City) - pastinya atmosfera yang luar biasa di sana," Nani memberitahu MUTV. "Ia menjanjikan perlawanan sukar, namun jika anda mahu menjuarai liga anda tidak boleh memikirkan suasana dan pihak lawan, kami perlu fikir cara bermain dan cuba untuk memenangi perlawanan."

     "Sudah pasti (kami boleh menjadi juara liga). Kami sentiasa percaya dengan kualiti yang kami ada kerana kami masih berkelebihan muncul juara."

     Pemain Portugal itu juga merasakan fokus yang goyah pada minit-minit menentang Everton menjadi punca kegagalan United mendapat tiga mata walau satu ketika mendahului 4-2, dan menyatakan pemain-pemain sangat kecewa dan mahu teruskan.

     "Konsentrasi kami pada beberapa minit terakhir sangat teruk - itulah sebab mereka dapat mencipta peluang dan menjaringkan gol," tambah beliau.

     "Kami menguasai perlawanan dan beraksi dengan baik terutama serangan. Namun kami bolos terlalu banyak gol dan kami tidak gembira..

     "Terdapat kemarahan dan kekecewaan di kalangan pemain. Kami kecewa kerana tewas (bolos) empat gol. Namun itulah bolasepak, apa sahaja boleh berlaku."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...